Sejarah

Sejarah Ringkas PASTI WP

Sejarah penubuhan PASTI WP pada peringkat awalnya ialah sejarah berkembar serta berkongsi bersama PASTI Selangor kerana untuk beberapa tahun awal itu, PASTI WP dan Selangor bergabung secara organisasi dan aktivitinya. Ianya lahir hasil gerakan dari bawah ke atas; ‘dari individu membentuk ibu’.

Segalanya bermula pada tahun 1987, hasil berkat beberapa siri perbincangan dan mesyuarat dari kalangan para amilin parti yang terlibat menggerakkan pendidikan pra-sekolah di sekitar Lembah Klang ini. Pejabat Harakah di Jalan Pahang telah dijadikan markaz utama tempat berkumpul dan berbincang kerana mendapat kerjasama baik daripada para petugas Harakah ketika itu.

Perbincangan ini diketuai oleh Cikgu Ishak Surin selaku Pengurus Harakah, Sdr Muhammad Anang (Allahyarham), Haji Zakaria (Pak Ya), Abdul Halim Mokhtar (Tadika Al-Huda Segambut) dan Cikgu Mohd Yusoop Abd Hamid (Taski ABIM Al-Hidayah) sebagai penyelaras dan pencetus idea utamanya. Dari kalangan muslimat pula, nama-nama seperti Sofiah Sobi, Lina Yusof, Fathiyah, Umi Shafinah Abu Bakar, Salbiah Isnin, Ruziah Samat dan lain-lain tidak ketinggalan membantu dan bersama terutama pada peringkat perlaksanaannya.

Peristiwa bersejarah yang besar dan hebat ini telah berjaya melahirkan beberapa buah PASTI di sekitar Lembah Klang seperti PASTI Al-Huda (Segambut), At-Tawheed (Selayang dan Sungai Buloh), Al-Ummah (Kg Pandan), AN-Nur (Kundang), Ilmi (Ampang Jaya), Al-Hidayah (Datuk Keramat), Nurul Iman (Kg Kerinchi) dan Ammar (Taman Melewar).

Satu jawatankuasa telah dibentuk bagi menyelaraskan segala aktiviti PASTI ini. Jawatankuasa ini diberi nama Gabungan PASTI Selangor & Wilayah Persekutuan di mana Cikgu Ishak Surin dilantik sebagai Pengerusi dan Cikgu Mohd Yusoop sebagai Setiausaha. Tahun berikutnya kepimpinan telah bertukar  kepada Sdr Abd Majid Hasan (PASTI At-Tawheed, Selayang).

Gabungan ini bertambah mantap dan berkembang sehingga berjaya melahirkan lebih banyak PASTI. Di samping itu, pelbagai aktiviti juga telah berjaya diadakan seperti Sukan Tahunan dan Majlis Ihtifal Tahunan. Kejayaan paling istimewa gabungan ini ialah berjaya mengeluarkan buku teks sendiri dengan berlogokan PASTI sebelum PASTI Pusat berjaya melahirkan buku teksnya sendiri. Buku teks ini telah diguna pakai oleh beberapa buah negeri sehinggalah buku teks PASTI Pusat menjadi pilihan wajib bagi semua negeri.

Pada tahun 1993, gabungan ini terpaksa dibubarkan kerana penubuhan jawatankuasa PASTI Negeri perlu dihidupkan di semua negeri bagi memenuhi kehendak PASTI Pusat. Semua PASTI Negeri diletakkan di bawah Dewan Pemuda PAS Negeri. Pengarah pertama PASTI WP ialah Ustaz Husni diikuti oleh Cikgu Megat Suhaimi Megat Hashim, Dr. Rainey Azmi, Ust Khairuddin Aman Razali, Sdr. Rohizad Aznan dan yang terkini ialah Ustaz Mohd Adlin Salleh. Kesemua mereka ini adalah dari kalangan Exco Dewan Pemuda PAS WP.

Bagi Majlis Guru PASTI WP yang juga merupakan sayap utama PASTI negeri, kepimpinannya mula diterajui oleh Pn. Salbiah Isnin dan diikuti oleh Pn. Norhayati Norhan, Pn. Rohaya Daud, Pn. Marhamah Abd Wahab, Pn. Ruziah Samat dan kini ianya dipimpin oleh Pn. Rozana Mohd Razi. Paling mengagumkan bagi PASTI WP di mana Pn. Ruziah Samat telah dipilih menjadi Tokoh Guru PASTI Pusat 2003 yang diadakan di Melaka.

Demikianlah sedikit sebanyak sejarah ringkas PASTI WP. Ada ramai lagi nama-nama besar dan kecil yang mungkin tercicir dan terlupa disebut. Semoga Allah tidak melupakan kalian. Banyak lagi kenangan dan peristiwa pahit manis yang tidak terungkap dalam ringkasan sejarah ini. Moga ianya menjadi tarbiyah amaliah yang cukup berharga dan isitimewa buat kita. Insya Allah.

” Perjuangan itu mahal dan perit tetapi ianya amat indah sekali”

Disusun oleh :

Cikgu Mohd Yusoop Abd Hamid

12 Responses to “Sejarah”

  1. noor shamsul sazila binti muhamad razhi October 12, 2009 at 7:48 am #

    bagaimana cara dan kaedah untuk membuka cawangan pasti di kawasan saya dan adakah boleh untuk membuka satu lagi cawangan pasti sekiranya telah terdapat cawangan pasti di sesuatu kawasan?

  2. pemudawilayah October 20, 2009 at 7:05 am #

    Cawangan PASTI boleh dibuka seberapa banyak yang boleh di dalam sesuatu kawasan asalkan ianya tidak mengganggu PASTI-PASTI yang sedia ada. Malah terdapat banyak kawasan yang mempunyai lebih dari 2 cawangan PASTI. Pihak puan boleh menghubungi pihak PAS Kawasan @ Dewan Pemuda PAS Kawasan untuk urusan pembukaan PASTI baru.
    Harap dapat membantu

  3. nurul November 23, 2009 at 6:21 pm #

    Assalamualaikum…
    Saya mempunyai beberapa persoalan yang inin dipersoalkan…
    1.) Bagaimanakah Memohon untuk berkhidmat sebagai guru PASTI?
    2.) Apakah kelayakan perlu ada untuk memohon sebagai guru PASTI?
    3.) Adakah terdapatnya perjanjian setelah berkhidmat utk PASTI?
    4.) Apakah pelajaran yang diajarkan di PASTI?

    Sekian,terima kasih…

  4. Rokhaizat binti Hj. Rahmat May 6, 2010 at 4:58 am #

    Salam ‘alaikum.
    Alhamdulillah, jumpa blog pasti wilayah ni while google-ing. Saja-saja type, ‘Nor Hayati Norhan’ , rupanya ada hikmah lain pula. Dapat lah follow blog ni. Kepada admin, teruskan perjuangan. Insya-Allah semoga ada ganjaran yang terbaik dari Allah SWT.

    Saya merupakan pelajar lepasan PASTI Nurul Iman, Kg. Kerinchi batch ketiga (tahun 1991-1992). Sekarang bekerja sebagai guru di SJKC Chung Hua Kota Kemuning Shah Alam.

    Cadangan : Adakan alumni untuk aktivis-aktivis Pasti & Pelajar PASTI WP dari batch pertama sehingga yang terkini. Mungkin boleh menyumbang sedikit sebanyak untuk menaik tarafkan lagi institusi pendidikan pra-sekolah ini.

  5. pemudawilayah May 31, 2010 at 4:55 pm #

    Puan, untuk mencari premis PASTI adalah tidak semudah yang dijangkakan. Walaupun PASTI dibuat di Markaz PAS namun ianya tidak bermaksud untuk menjadikan pelajar-pelajar ini sebagai bahan politik. Apatah lagi pelajar-pelajar ini hanya berumur 4 hingga 6 tahun. Jauh sekali untuk memahami politik.

    Ini menunjukkan PAS komited dalam memberikan penekanan pendidikan pra sekolah kepada pelajar-pelajar ini. Ini telah terbukti di seluruh Malaysia. Malahan terdapat orang-orang yang berlainan fahaman politik turut sama-sama menghantar anak-anak mereka ke PASTI kerana mereka yakin silibus yang digunakan di PASTI.

  6. pengarah PASTI WP June 1, 2010 at 5:37 am #

    Salam utk ustazah Norkhaizat bte Hj. rahmat.

    Ana kenal ummi ukhti, Kak yati. Beliau banyak berkorban utk pembangunan PASTI Nurul Iman, Kg. Kerinchi. Juga utk masyarakat Kg. Kerinchi. Masa tu ana belajar master di Akademi Islam UM (tahun 1998). Sering berusrah dgn anak-anak kg di bangunan PASTI tu.

    Perasaan kagum dgn pengorbanan dan keikhlasan kak Yati. Bayangkan…
    Tinggal di Meru, mengajar di Kerinchi. Seawal 6am dah turun dr rumah. berulangalik dgn 3 buah bas. jika terlambat, terlepas bas. tutuplah PASTI hari tu. Kesihatan pula tak baik (terlupa penyakit apa).

    Elaun? berapa sangat. pelajar hanya 15 org je. Majortitinya indonesian. Yuran RM20 (kalu tak salah). Kalu takda yang sangkut bayar yuran, baru dapat RM300. Tambang bas? Makan minum?belanja pengurusan? Berapa baki? Masya Allah, itulah kekuatan kak Yati. Boleh mengajar sorang2. Takda pembantu sebab PASTI tak mampu. nak tukar kerusi meja pun tak boleh.
    Bayangkan mejanya, uzur sangat2. Kalu ditekan kuat pada permukaannya, Praaap ke bawah! Tapi kak yati boleh bersabar…

    Ana pula dilantik ganti pengurus sebelumnya dalam satu mesyuarat kecil tergempar di Masjid al-Rahman. Waktu itu tak pernah sanggup terima jawatan (pernah dilantik jadi esko DPPWP oleh Ust Riduan, tapi ditolak)
    Tapi bila ingatkan sengsaranya pengurusan PASTI Nurul Iman masa tu dengan keperitan Kak Yati, terus terima. Esoknya, eksiden motor di flyover dekat Muzium Negara. koma dalam ICU satu malam. Kepala pecah, tulang clivikal bahu patah. Dr. azhar Yaakob yang membantu dan hantar balik ke kampung dengan flight.

    Sebab itu, bila sebut nama kak yati, kenangan ini menerpa dan berputar kembali.

    Hari ini Nurul Iman sudah stabil. Bangunan sudah mantap. Tiada lagi guru berulangalik sejauh Meru! Tiada lagi meja usang yang boleh terobos ke bawah. Tiada lagi kerusi patah tak berganti, tiada lagi atap bocor tanpa tampalan. Semua sudah berubah…

    Harap pengurusan baru yang ada sedar tentang sejarah. Jangan diketepikan watak-watak sepanjang sejarah. Ya, manusia yang sedar sejarah tidak akan terbabas…

    Kepada ustazah Rokhaizat, tahniah di atas anugerah ummi dan abi yang baik dan banyak berbudi…

    “anak baik daripada ibu bapa yang baik”.

    Mohd Adlin Salleh.

  7. ummi sulaim June 5, 2010 at 7:12 pm #

    salam… sy pernah mengenali kak yati, tp lm dah. skrg dh x brp th kesah kak yati. smg sihat sll. selain ustaz dn cikgu yusoop, rsnya barisan alp wp kebanyakkan nya muka br yg rsnya x smpai ke 10 thn. sejarah pasti- pasti di wp sendiri mmpunyai kisah sedih pilu kl nk di kenang. ada yg terpaksa mengangkut air perigi setiap hari sblm mula kelas. berbaldi2 pl. kl nk buat skrg ni, rsnya x mampu kot. ada yg sntiasa berendam dgm banjir lumpur setiap kali selepas hujan lebat, yg mencapai sehingga lebih 10 kali setahun. azab rasanya. tapi, itulah kemanisan yang dapat dikenang. pengalaman sukar yang lalu sebenarnya mengajar bgmn menjd seorang manusia yang kuat. tabah menghadapi cabaran yg makin hebat, dalam menghadapi kerenah ank2 pasti dan mgharungi cabaran dalam berjemaah . semoga hati2 kita dibri kekuatan dalam meneruskan kerjaya , disamping menjadi sumber bekalan yg bakal kita bawa nnt, Insya-Allah.

  8. ummi sulaim June 5, 2010 at 7:25 pm #

    salam .sy ingin mengulas sedikit pandangan dr doyeki. sememangnya, kebanyakan pasti2 menjd markaz pas. dan kebanyakkan guru2 yang mengajar jg adalah terdiri ahli2 pas. diantaranya terlibat secara aktif dalam jemaah Pas. tp, sebagai seorang guru, selama lebih 10 tahun, mendidik ank2 pasti, rsnya tidak sekalipun sy menyelitkan hal yang berkaitan dengan politik semasa mengajar. Dulu heboh, pd zaman tun mahathir sebagai PM, dikatakan guru2 PASTI mengajar anak2 pasti memijak gambar2 pemimpin negara. ketahuilah sdr/i /tuan/puan doyeki. silibus pasti sendiri terlalu banyak, dan rasanya, x berkesempatan untuk memasukkan perkara yang berkaitan dengan politik di dalamnya. kami, guru2 pasti mengajar apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. kalau kebetulan apa yang di ajar, ada terkait dengan isu semasa, niat kami, adalah untuk menegakkan dan memberitahu apa yang Allah suruh. Itu shj.

    semoga mendapat kefahaman dan penjelasan mengenai isu ini. tk.

  9. ibu nur iman July 5, 2010 at 1:21 am #

    assalamualaikum. anak di usia berapa tahun/ berapa bulan boleh menyertai PASTI? saya berminat mendaftarkan anak2 saya di PASTI. boleh saya tahu apakah syllybus yang di tawarkan, waktu beroperasi dan yuran? bolehkah bayi diletakkan di PASTI?

  10. Rokhaizat binti Haji Rahmat September 2, 2010 at 1:24 am #

    Salam Warahmatullah

    Ramadhan Kareem. Semoga kita sama-sama dapat merebut keistimewaan yang banyak diganjarkan oleh Allah terutama di hari-hari terakhir Ramadhan. Lailatul Qadar Insya-Allah.

    Bonda dan ayahanda berkirim salam buat semua, dan mendoakan yang terbaik untuk PASTI. ‘Membangun Bersama Islam’.

    Untuk pengetahuan, bonda (Puan Nor Hayati Norhan) menghidapi Diabetis, dan perlu di suntik insulin dua kali sehari, setiap hari. Dan juga mengalami kegagalan buah pinggang. (Punya satu sahaja buah pinggang sejak lahir)

    Mohon doa dari semua. Terima Kasih.

  11. Azliza Rahman January 14, 2011 at 12:25 pm #

    Assalamualaikum ,Saya ingin menanya cara untuk menubuhkan Tadika Pasti di kawasan saya.Sila hubungi saya 0123910314 – Pn Azliza

  12. Ria Dhusulha July 15, 2012 at 1:37 pm #

    Assalam,saya adalah salah seorang guru taski Abim,tahun1993,di Ampang Tasik Tambahan,penyetuanya encik Ahmad Radzuan bin Hassan dan isterinya Puan Aminah.
    saya mencari beliau , bolehkah saya mendapat bantuan dari pihak tuan/puan .
    sekian ,terima kasih.
    daripada Puan Habimah bt Usman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: