Sekitar Pertandingan Sukan Bolasepak & Bola Jaring PASTI WP 2007

24 May

Kejohanan Sukan Bolasepak dan bola jaring anjuran PASTI WP baru sahaja selesai dengan pelbagai kenangan manis dan tersendiri kepada anak-anak pelajar, ibubapa dan keseluruhan yang terlibat.

Program yang berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dimulai dengan curahan hujan lebat pada sebelah malam yang mengakibatkan genangan air hujan di sana sini di atas padang. Namun kemeriahan dan keceriaan semakin menguasai diri anak-anak PASTI dan semua warganya yang sudahpun memulakan latihan sejak sebulan yang lalu.

Ucapan perasmian yang bersahaja dan penuh ceria oleh Tuan Pesuruhjaya WP, Tn. Hj. Mohamadd Nor bin Mohamad menjadi penyuntik semangat kepada anak-anak PASTI untuk berjuang bagi membuktikan pasukan mereka adalah pasukan terbaik WP.

Hasilnya kejuaraan telah dirangkul oleh pasukan PASTI As-Salam, dari Lembah Pantai yang mengalahkan PASTI Ar-Raudhah/Al-Aulad, dan Bandar Tun Razak dalam pertandingan bolasepak. Pertandingan bola jaring pula diungguli oleh PASTI Al-Kauthar, Cheras yang meranapkan impian PASTI Ar-Rasyidin, Padang Balang.

Adik Mohd Danish Helmi bin Ariffin (As-Salam) dijulang sebagai atlet terbaik bolasepak sementara adik Fatimah Az Zahrah bt Mohamad (Al-Kauthar) adalah pemain bola jaring terbaik .

PASTI WP merakamkan tahniah dan jutaan penghargaan, kesyukuran dan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya seluruh warga PASTI WP, DPPWP dan kawasan-kawasan, Unit Amal WP dan Nisa’ WP. Moga usaha yang dipersembahkan menjadi sebahagian tanda ubudiatiLlah dan tidak dipersiakan oleh Yang Maha Penilai…Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: