Guru Pasti digesa pertingkatkan ilmu

2 Jul

Oleh Salmah Mat Hussain

KOTA BHARU, 2 Julai (Hrkh) – Guru Pasti dari Kelantan, Hasnah Abdullah, telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Pasti Peringkat Kebangsaan.

Dengan pengumuman itu, beliau telah menyingkirkan empat orang lagi calon dari negeri lain.

Dengan kemenangan itu juga beliau berjaya membawa pulang sijil dan medal.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah, telah menyampaikan hadiah kepada semua para pemenang pada malam itu.

Hasnah ketika ditemui melahirkan rasa syukur di atas penganugerahan itu dan diharap ianya menjadi motivasi untuk meneruskan tanggungjawabnya pada masa akan datang.

“Insya-Allah dengan penganugerahan ini saya akan berusaha sedaya mungkin untuk mempertingkatkan lagi prestasi kerjaya saya untuk mendidik kanak-kanak ke arah yang lebih baik,”ujarnya.

Selain Tokoh Guru Pasti Peringkat Kebangsaan, turut menerima hadiah ialah Anugerah Khas Pasti 2007, Anugerah Rekacipta ICT, Anugerah Paling Lama Berkhidmat, Tokoh Guru Pasti Negeri.

Berucap pada majlis itu, Pengerusi Majlis Guru Pasti, Wan Hamidani Wan Ahmad, meminta guru Pasti di seluruh negara mempertingkatkan ilmu masing-masing sebagai persiapan untuk menghadapi persaingan yang sengit dalam pendidikan pra.

Katanya, untuk meningkatkan imej Pasti pada masyarakat, guru Pasti harus mempertingkatkan ilmu ke arah yang lebih cemerlang bagi menghadapi cabaran yang lebih sengit dari pra pendidikan lain.

“Walaupun imej Pasti semakin sebati dengan masyarakat di negara ini, khususnya dalam pembentukan akhlak di kalangan mereka, namun usaha ke arah meningkatkan lagi prestasinya harus diadakan sentiasa,”ujarnya lagi.

Beliau turut mengingatkan para guru ikhlas dalam mendidik, khususnya menjadikan iman sebagai benteng pertahan di jiwa anak-anak dalam menghadapi situasi yang mencabar hari ini.

“Gejala sosial seperti gejala mat rempit dan minah rempit semakin menjadi-jadi, untuk itu berusahalah untuk menanam keimanan yang kukuh pada jiwa mereka sebagai benteng,”ujarnya. – mks.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: