Pasti mampu bentuk sahsiah anak-anak

2 Jul

Oleh Rizal Tahir

KOTA BHARU, 2 Julai (Hrkh) – Sukan Pasti yang diadakan di peringkat pra-sekolah diharap menjadi model kepada pra-pendidikan lain khususnya dalam membentuk sahsiah anak-anak.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri, Abdul Fatah Mahmood, berkata demikian sewaktu merasmikan Pesta Sukan Pasti Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3 dan Sambutan Hari Guru Pasti Malaysia, baru-baru ini.

“Dalam pendidikan, kurikulum Pasti sudah menjadi model, diharap bidang kesukanan juga turut menjurus ke arah itu,”katanya.

“Dengan pendedahan dalam bidang kesukanan ini juga, membuktikan PAS tidak menghalang kesukanan dan parti ini bukan berimej politik semata-mata.

“Ianya juga membuktikan Islam bukan suatu agama yang sempit serta menghalang sukan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau turut mencadangkan aktiviti sukan Pasti itu ditambah pada masa akan datang bersesuaian dengan mental dan fizikal kanak-kanak.

“Kita berharap penganjur dapat memperbanyakkan aktiviti kesukanan pada kanak-kanak ini pada masa hadapan dan bukan hanya tertumpu pada bola jarring dan bola sepak sahaja,”sambungnya.

Sebelum itu, Ketua Pengarah Pasti Pusat, Azrin Abdul Majid, berkata prestasi permainan para pelajar Pasti dalam bidang sukan ini semakin memberangsangkan dari tahun ke tahun.

Beliau memberitahu, mutu permainan pelajar juga bertambah baik sama ada dalam bola sepak mahupun bola jaring.

“Yang penting, anak-anak harus menjaga akhlak bukan sahaja di sekolah, bersama keluarga atau masyarakat, sebaliknya juga sewaktu bersukan.

“Ianya akan menjadi model kepada masyarakat, berjayanya kita dalam bidang ini, maka harapan kita untuk menjadi contoh terbaik dalam semua hal termasuk bersukan akan menjadi kenyataan,”ujarnya.

Sebanyak 14 kontijen yang mewakili 14 buah negeri telah beraksi dalam dua acara sukan itu dengan membabitkan 672 peserta.

Sebelumnya, acara ini telah diadakan sebanyak dua kali diadakan iaitu di Perak dan Johor. – mks.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: