Seulas Pinang Pengarah PAS Wilayah

6 Jul

Adlin - PASTI2

Assalamualaikum dan alhamdulillah

Puji dan syukur kepada Allah (s.w.t) di atas kesempatan  dan ruangan bagi saya mencoret bicara aluan kepada  pastiwp.wordpress.com ini. Dalam era ‘touch n go’  serta maklumat di hujung jari ini, keperluan kepada berita semasa yang cepat dan tangkas adalah amat penting. Kemunculan media baru memeriah dan merancakkan lagi gelanggang maklumat dan berita. Akibatnya sempadan dunia semakin mengecil dan ruang masa semakin menipis.

Justeru saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit Media & IT PASTI WP di atas inisiatif dan mujahadah dalam merealisasikan paparan media baru ini ke persada realiti. Semoga ia menjadi wadah penting kepada PASTI WP untuk memaparkan berita, info dan iklan seterusnya melonjakkan PASTI WP sebagai pilihan utama masyarakat khususnya di WP.

Terima kasih juga kepada DPP WP khasnya akhi Kamaruzaman Mohamed (Ketua Pemuda) yang sentiasa memberi dorongan dan kecaknaan terhadap PASTI. Juga kepada Cikgu Azrin Abd. Majid dan seluruh warga PASTI Malaysia.

Syukran Jazilan, moga segala sokongan diganjari kebaikan oleh Yang Maha Esa.

“Dan siapakah lagi yang terbaik perkataannya melainkan

orang yang menyeru kepada Allah dan (pada masa yang sama) melakukan amalan soleh.

Dan berkata “bahawa sesungguhnya aku adalah dari kalangan orang-orang yang beriman”.


USTAZ MOHD ADLIN SALLEH

Pengarah PASTI Wilayah Persekutuan


One Response to “Seulas Pinang Pengarah PAS Wilayah”

  1. Rabiah Zakaria July 17, 2009 at 1:59 pm #

    tahniah kepada pasti Wilayah dan seluruh ALP kerana sama-sama turun padang dalam pesta bola sepak dan bola jaring…………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: