Temasya Sukan PASTI WP Meriah!!!

4 Aug

IMG_0082Sukan PASTI WP Kali Ke 20 telah diadakan pada 2 Ogos 09 bertempat di Padang Unikop, Taman Koperasi Polis, Sentul. Sukan PASTI tahunan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pesuruhjaya PAS WP, Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad.

Sebanyak 16 buah PASTI seluruh WP telah menyertai acara sukan yang berprestij ini. Beberapa acara sukan juga telah dipertandingkan. Di antaranya ialah susun huruf vokal, pecah belon, bawa bola golf dalam sudu dan banyak lagi.

Temasya Sukan PASTI WP ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan meriah. Acara dimulakan dengan perbarisan masuk para kontinjen dari seluruh PASTI di WP. Ini diikuti dengan bacaan doa, ikrar sukan dan nyanyian lagu PASTI. Setelah itu, Ust. Mohd Adlin berucap selaku Pengarah PASTI WP. Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad beserta dengan gimik perasmian iaitu upacara memotong belon. Kemudian, perbarisan keluar para kontinjen dan acara sukan pun bermula.

Sukan PASTI WPPelbagai aksi dan ragam peserta dapat dilihat sepanjang acara temasya sukan ini. Semangat kesukanan dan semangat ingin menang jelas terpancar di setiap peserta cilik ini. Bahkan guru-guru PASTI serta ibu bapa juga turut sama memberikan semangat kepada anak-anak PASTI ini.

Masing-masing berkobar-kobar bagi memastikan PASTI mereka muncul juara bagi tahun ini. Walaupun terdapat hujan yang lebat di pertengahan acara, namun ia bukan satu alasan untuk melemahkan semangat mereka dalam menjayakan temasya Sukan PASTI WP ini.Tidak ketinggalan juga di penghujung acara iaitu acara untuk ibu bapa, mengikat kain menggunakan satu tangan dan memotong kulit epal.

Sukan PASTI WPJuara bagi keseluruhan acara Temasya Sukan PASTI WP Kali Ke 20 ini dimenangi oleh PASTI Ar-Rasyidin manakala Juara Perbarisan pula dimenangi oleh PASTI Al-Hilmi.

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang. Sekalung tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu yang telah menjadi penganjur, Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa dan  juga pelajar-pelajar dari Sekolah Tahfiz Darul Furqan.

Tidak dilupakan juga Nisa’ Kawasan Batu dan Unit Amal Batu yang turut membantu bersama-sama menjayakan Temasya Sukan PASTI WP Kali Ke 20. Semoga Temasya Sukan PASTI WP ini dapat menjalinkan semangat mahabbah dan ukhuwwah yang tinggi di kalangan para peserta, ibu bapa, guru-guru dan semua saf PASTI WP.

Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan sekali lagi kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: