Bengkel Peperiksaan UPSR 2009 PASTI WP

9 Sep

Alhamdulillah..

Program yang dirancang pada 09 Ogos ini berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Markaz PAS Kawasan Lembah Pantai, Kg. Pasir Baru, Kuala Lumpur yang menjadi lokasi program ini menerima kehadiran 107 orang peserta dari seluruh Wilayah Persekutuan khususnya dari kawasan Lembah Pantai. Demikian juga kehadiran tetamu jemputan bagi merasmikan program ini, Saudara Kamaruzaman Mohamad, Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menambah seri program yang julung-julung kali dianjurkan oleh pihak PASTI ini. Turut hadir ialah guru penolong kanan SRI Al-Ummah, Kg. Pandan, Kuala Lumpur, Ustaz Wan Hairul.

Sebanyak lima siri ceramah dan bengkel diadakan dengan dimulai ceramah motivasi oleh wakil pelajar dari Universiti Malaya. Demikian pula bengkel bagi subjek Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu menyusul selepas itu yang dikendalikan oleh guru-guru pakar daripada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan. Kemahiran dan pengalaman mereka begitu terserlah sehingga tiada keresahan, kebosanan dan cuak pada muka peserta-peserta. Sering kali kedengaran gelak ketawa mereka apabila ‘digeletek’ dengan cerita-cerita lucu guru-guru.

Demikian pula, kerjasama erat seluruh ahli jawatankuasa program dengan bantuan PAS cawangan Jalan Kubur yang bekerja keras menyediakan makanan dan jamuan semakin menceriakan majlis apatah lagi keselesaan bangunan markas yang baru selesai menjalani proses pengubahsuaian seakan melupakan segala penat lelah yang membuku di dalam dada.

Justeru, layaklah kesyukuran dan penghargaan dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat khususnya PASTI Malaysia, PASTI WP, DPPWP, PAS Lembah Pantai, DPP Lembah Pantai, PAS Cawangan Jalan Kubur dan seluruh ‘individu tanpa nama’ yang lain. Semoga segala usaha kalian mendapat penilaian wajar di sisi Yang Maha Esa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: