HARI KELUARGA PASTI WP

23 Sep

amboii..semangatnya..!!Julung-julung kalinya PASTI Wilayah Persekutuan telah mengadakan hari keluarga dalam usaha menghargai jasa, penat lelah yang telah disumbangkan oleh guru-guru PASTI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program hari keluarga tersebut telah diadakan pada tengahari 28 Februari 2009 hingga petang 1 Mac 2009 di Chemerkau Chalet, Ulu Dong, Raub Pahang. Sebuah kawasan yang indah dengan suasana nyaman sungai dan jeramnya. Seramai 122 orang yang terdiri dari ahli-ahli keluarga guru-guru PASTI dan Ahli Lembaga Pengarah PASTI Wilayah telah hadir meraikan majlis yang pertama seumpama ini pernah diadakan di sini. Pengarah Pasti Wilayah, Ustaz Mohd Adlin Salleh dan keluarga telah hadir mengetuai kontijen ALP dan Ketua Majlis Guru Pasti, Puan Rozana Mohd Razi mengetuai kontinjen guru.

KP berucap..Majlis sambutan hari guru PASTI peringkat Wilayah Persekutuan 2009 juga telah dilansungkan sekali dengan hari keluarga ini. Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Sdr Kamaruzaman Mohamad telah hadir bersama keluarga untuk merasmikan program hari keluarga dan sambutan hari guru 2009 WP ini. Beliau telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada guru-guru yang hadir pada hari tersebut.

Ternyata program ini telah menimbulkan rasa ukhwah dan kegembiraan dikalangan guru-guru dan ALP. Banyak sukaneka untuk anak-anak dan keluarga guru-guru yang diadakan. Banyak hadiah-hadiah yang telah dimenangi untuk dibawa pulang.

wajah-wajah guru pasti..Semua pulang berwajah ceria dengan hadiah-hadiah yang begitu banyak yang dimenangi semasa sukaneka dan cabutan bertuah. Semoga guru-guru PASTI WP akan terus bersemangat mendidik anak-anak diperingkat pra-sekolah di seluruh Wilayah. Syabas kepada semua.

[rockyou id=153244730&w=525&h=419]

2 Responses to “HARI KELUARGA PASTI WP”

  1. Rabiah Zakaria September 26, 2009 at 2:38 am #

    semoga PASTI WP dapat meneruskan program seperti ini pada tahun seterusnya untuk mengenang jasa dan penat lelah guru-guru melayan karenah anak-anak….

  2. Adlin September 28, 2009 at 12:49 am #

    Tahniah akhi, Boleh tambahkan lagi foto2nya….?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: