PELAN PEMBANGUNAN PASTI WILAYAH PERSEKUTUAN 2010 (PPP WP 2010)

23 Sep

PENDAHULUAN

logo Sambutan Jubli PerakPASTI yang kini dikenali sebagai Jabatan Pendidikan PASTI adalah salah satu organ penting jemaah yang diletakkan di bawah pengurusan Dewan Pemuda PAS. Senario ini diterjemahkan menerusi bilangan pelajarnya yang semakin meningkat saban tahun. Kini hamper 60 000 orang pelajar berada di bawah bumbung PASTI seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak!

LATAR BELAKANG MASALAH

Pembangunan PASTI di WP amat perlahan. Sedari tahun 1991 sehingga Mei 1992 hanya terdapat 10 buah PASTI di seluruh WPKL. Demikianlah sehingga Jun 2006, peningkatan PASTI hanya kepada 13 buah sahaja. Kini, pada tahun 2009, jumlah keseluruhan PASTI di WPKL adalah sebanyak 16 buah!.

Peningkatan yang begitu perlahan ini menunjukkan seolah-olah terdapat halangan besar serta cabaran rumit kepada proses perkembangan PASTI di WP. Penelitian awal yang dibuat mendapati terdapat kebenaran pada asumsi tersebut.

Justeru, Pelan Pembangunan PASTI Wilayah Persekutuan 2010 (PPP WP 2010) ini dimajukan sebagai satu remedi awal yang berupaya meroboh halangan bagi merealisasikan cita-cita ke arah kebangunan dan pertumbuhan PASTI dengan lebih pesat.

VISI PASTI WP

PASTI-1-300x225Memaksimakan pembangunan PASTI di WP selaras dengan peningkatan kefahaman dan kesedaran masyarakat kepada pendidikan Islam daripada usia awal kanak-kanak.

MISI PASTI WP

Membangunkan sekurang-kurangnya DUA BUAH PASTI bagi setiap kawasan pada tahun 2010.

LANGKAH

PPP WP 2010 akan mengadakan pertemuan dan perbincangan di setiap kawasan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

TINDAKAN KAWASAN

  1. Kumpulkan pengurus, wakil, pengusaha atau individu yang berminat untuk membangunkan PASTI.
  2. Hubungi PASTI WP untuk sesi penerangan dan perbincangan.
  3. Menetapkan pelan tindakan di setiap kawasan.

HARAPAN

bropasti2_opt.thumbnailSemoga PPP WP 2010 ini disambut erat oleh setiap kawasan di WP ini. Juga semoga impian untuk melihat pembangunan kencang PASTI di WP bertukar menjadi realiti.

Tiada Jaya Tanpa Daya, Tiada Pahala Tanpa Usaha

2 Responses to “PELAN PEMBANGUNAN PASTI WILAYAH PERSEKUTUAN 2010 (PPP WP 2010)”

  1. khafifah md saad November 3, 2010 at 9:30 am #

    salam. saya nak tanya, adakah silibus pembelajaran Pasti di seluruh malaysia menggunakan sukatan yang sama?

  2. pemudawilayah November 16, 2010 at 3:02 am #

    Semua pasti di Malaysia menggunakan silibus yang sama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: