Temasya Bola Sepak & Bola Jaring PASTI WP

23 Sep

Perasmian oleh YB Nurul IzzahPASTI Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Temasya Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring 2009 bagi seluruh pasti-pasti yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Temasya sukan tersebut telah diadakan pada sebelah pagi di Padang Bola Sepak PPR Kerinchi, Pantai Dalam pada 7 Mac 2009 yang lalu dimana Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai telah diamanahkan menjadi tuan rumah. Acara tahunan ini merupakan kali yang ke-4 ia diadakan.

YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai telah sudi turun padang merasmikan program, bertemu dan beramah mesra dengan guru-guru yang hadir dengan pasukan masing-masing pada hari tersebut. Sebanyak 15 pasukan bola sepak dan 10 pasukan bola jaring telah hadir menyertai acara tahunan ini. Pelepasan belon oleh YB Nurul Izzah menjadi tanda bermulanya kejohanan merebut piala YB Nurul Izzah bagi bola sepak dan piala YB Lo’ Lo’ bagi bola jaring.

Diakhir program, Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr Lo’ Lo’ Ghazali telah sudi hadir untuk memberi ucapan penutup dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Tahniah kepada pemenang..!!!Pasukan bola sepak Pasti As-Salam dari Lembah Pantai telah muncul juara untuk kali keempat berturut-turut sementara bagi bola jaring pula pasukan pasti An-nur juga dari Lembah Pantai telah muncul juara. Syabas kepada semua pemenang-pemenang. Pasukan yang menjadi juara akan mewakili Pasti Wilayah ke kejohanan peringkat pusat yang akan diadakan di Universiti Industri Selangor (UNISEL), Selangor.

[rockyou id=153245439&w=525&h=425]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: