Siri Kenali PASTI WP

20 Oct

PASTI AS-SALAM

SEJARAH PENUBUHANNYA

PASTI As-SalamPASTI AS SALAM  Terletak di No 30 Jalan Pantai Permai 11, Kawasan Lembah Pantai mula beroperasi pada awal tahun 2002. Premis rumah teres satu tingkat ini di sewa  dengan  kadar RM 1,200 sebulan. Sebelum ini  rumah tersebut menjadi Markaz PAS Kawasan Lembah Pantai yang kemudiannya berpindah ke Kampong Pasir Dalam lalu  diambil alih oleh PAS Cawangan Bukit Kerinci C2 untuk ditubuhkan PASTI.

Perancang utama penubuhannya ialah Tuan Hj. Hishamuddin Bin Abdul Hamid dan Kamaruzzaman   Bin Hussin dan dibantu AJK PAS Cawangan ketika itu. Sdr. Abdul Rahman Bin Bakri dilantik sebagai pengurus sehingga sekarang.PASTI As-Salam

PASTI AS SALAM  pada tahun pertamanya bilangan murid hanya sekitar 30 orang pelajar dan 2 orang guru serta seorang pembantu untuk kelas 5 dan 6 tahun. Tiga tahun kemudiannya bilangan pelajar meningkat hingga hampir 80 orang untuk kelas 4,5 dan 6 tahun dengan 3 orang guru utama dan dibantu dengan 4 orang pembantu guru.

Waktu belajar adalah dari 8.30 pagi hingga 12.00 t/hari . Kepada Ibubapa yang berkerja disediakan kemudahan penjagaan anak hingga pukul 6.30 petang.

Pelajar PASTI As-SalamPelajar PASTI As-Salam 2Pengurus PASTI As-Salam (kiri) bersama Timb. Pengarah PASTI WPUntuk aktiviti  luar kelas,PASTI AS SALAM  telah  menjadi JUARA Bola sepak peringkat Negeri  4 kali berturut-turut dan menjadi sebahagian pemain mewakili Negeri ke peringkat Kebangsaan Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring  anjuran PASTI Pusat yang diadakan di Johor Bharu, Kelantan dan Selangor  di samping menjadi wakil PASTI Negeri dalam beberapa acara IHTIFAL PASTI Peringkat Kebangsaan setiap tahun.

Di antara pelajar PASTI AS SALAM yang menampilkan keberaniannya dalam menyampaikan acara bersajak, hafazan dan azan dalam majlis ihtifal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: