Siri Kenali PASTI WP

12 Nov

PASTI IBN SINA

PASTI Ibn SinaPASTI Ibn Sina telah ditubuhkan pada November 2008. Ianya terletak di No 179, Jalan Taman Dato Senu 4, Kuala Lumpur.
Pada peringkat awal penubuhannya, ianya terletak di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu. Namun kini ianya telah diambil alih oleh Saudara Abu Bakar B. Abdul Rahman.
PASTI Ibn Sina sebelum ini diberi nama PASTI Ammar dan terletak di Koperasi Polis Fasa 1. Namun begitu, setelah 2 tahun tidak mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan, ianya telah berpindah ke Taman Dato’ Senu.
PASTI Ibn SinaKini, di bawah pengurus yang baru iaitu Saudara Abu Bakar B. Abdul Rahman, ianya mempunyai 3 orang guru tetap iaitu Pn. Zahrah Bte Zali, Pn. Aino Bte. Ismail dan Cik Nurul Izzah Bte. Abd Ghani. PASTI Ibn Sina juga mempunyai 3 buah kelas iaitu kelas 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Tempoh belajar pula bermula 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Pada sebelah petang pula, terdapat kelas smart pasti yang bermula pada 2.30 petang hingga 4.00 petang dan juga kelas mengaji iqra’ dan AL-Quran dari 5.30 petang hingga 6.30 petang. PASTI Ibn SinaPada setiap hari ahad pula diadakan kelas bahasa arab yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi.
Kepada ibu bapa yang berminat, bolehlah menghubungi Saudara Abu Bakar (016-2232718) atau datang terus ke PASTI Ibn Sina ini untuk pendaftaran.

[rockyou id=154858988&w=450&h=320]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: