Ihtifal PASTI WP 2009 Meriah!!

18 Nov

Pada Ahad 15 November 2009 yang lepas telah berlangsung program Ihtifal dan penyampaian sijil tamat persekolahan pelajar-pelajar 6 tahun PASTI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kali yang ke-21.

Program telah diadakan di Dewan Serbaguna Taman Melati, Gombak dan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani. Turut hadir adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Saudara Kamaruzaman Mohamad.

Antara acara-acara yang telah dipersembahkan ialah hafazan ayat-ayat Al-Quran oleh pelajar-pelajar dari Pasti Al-Hilmi, sesi bercerita oleh pelajar Pasti Al-Huda, persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar Pasti Al-Kauthar dan persembahan harian persekolahan oleh pelajar-pelajar dari Pasti Ar-Rasyidin.

PASTI WP juga telah menganugerahkan tokoh jasamu dikenang kepada dua orang mantan pengarah PASTI Wilayah Persekutuan iaitu Dr Rayney Azmi Ali dan Sdr Rohaizad Aznan. Tokoh anugerah khas telah diberikan kepada Cikgu Yusoop Abd Hamid, Ketua Unit Penaziran, di atas sumbangan beliau yang banyak kepada PASTI WP.
Program telah berlangsung dengan meriahnya dan selesai mengikut jadualnya pada pukul 12 tengahari.

Jutaan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir pada hari tersebut dan terima kasih juga kerana telah memberi kepercayaan kepada PASTI untuk mendidik anak-anak mereka dengan menghantar anak-anak mereka ke PASTI-PASTI di Wilayah Persekutuan.

Sekalung tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju yang menjadi tuan rumah pada kali ini yang telah menjayakan program dengan baiknya.

Syabas dan terima kasih kepada semua dari kami Ahli Lembaga Pengarah PASTI WP. Terima kasih daun keladi, nampak semua bagus, tahun depan kita buat di sini lagi.

[rockyou id=155761875&w=426&h=319]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: