Siri Kenali PASTI WP

28 Nov

PASTI AL-AULAD

SEJARAH

Pasti Al-Aulad yang terletak di No 18 Persiaran Minang2, Taman Minang, Cheras ditubuhkan pada November 2006 dan diletakkan dibawah Cawangan Delima Pas Bandar Tun Razak. Diberi nama Al-Aulad yang bermakna ‘budak-budak’. Premis Pasti ini adalah merupakan sebuah rumah satu tingkat di corner lot. Mula menerima kemasukan pelajar pada Januari 2007 dan telah beroperasi sehingga kini di tempat yang sama selama 3 tahun. Bermula dengan hanya kira-kira 15 orang pelajar sahaja dan kini mempunyai pelajar 5 dan 6 tahun seramai 40 orang. PASTI Al-Aulad ini diasaskan dan diuruskan oleh Sdr Abdul Halid Basir yang pada ketika itu merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Bandar Tun Razak dengan dibantu oleh Sdr Hassanal Ihzal Kassim yang merupakan Bendahari Pemuda BTR pada ketika itu. Pada mulanya premis ini disewa tetapi kini telah dibeli dan dipunyai sepenuhnya oleh Pasti Al-Aulad. Kebanyakan pelajar datangnya dari taman-taman yang bersebelahan seperti Taman Sri Bahagia, Taman Bukit Angsana dan Taman Tun perak.

GURU

Pada ketika ini, Pasti Al-Aulad mempunyai 2 orang guru dan seorang pembantu guru – ketua guru, Puan Noridah Mat Noor dan Cik Wan Nurshima Wan Muda dan di bantu oleh Puan Noor. Puan Noridah atau Cikgu Ida, isteri kepada Sdr Halid mendapat Ijazah dalam bidang Nutrition di South West Texas State University, USA. Beliau telah berhenti kerja dari NSTP demi untuk bekerja sepenuh masa sebagai guru dan menguruskan Pasti ini.

TEKNIK MENGAJAR

PASTI Al-Aulad menggunakan sistem subjek untuk mengajar pelajar-pelajar. Guru akan mengajar mengikut subjek dan bukannya mengikut kelas seperi kebiasaannya. Contohnya Pn Noridah mengajar subjek English dan Matematik untuk kelas 5 dan 6 tahun.

PERKHIDMATAN

PASTI Al-Aulad hanya mengambil pelajar-pelajar 5 dan 6 tahun sahaja. Akan tetapi sekiranya terdapat ibubapa yang mahu menghantar anak-anak mereka yang berumur 4 tahun, PASTI Al-Aulad akan menerimanya dan akan dimasukkan ke kelas 5 tahun. Namun begitu, tiada kelas khas untuk 4 tahun. Mungkin akan dibuka pada masa akan datang.
PASTi Al-Aulad juga menyediakan penjagaan pelajar-pelajar(nursery) hingga ke petang dan juga perkhidmatan transit untuk anak yang bersekolah rendah.

HARAPAN

InsyaAllah, PASTI AL-Aulad akan memperbaiki lagi prasarana dan kualiti pembelajaran pasti ini dari semasa ke semasa, tambahan pula premis ini telah pun menjadi milik penuh kepada Pasti Al-Aulad. Semoga anak-anak yang dihantar ke sini akan mendapat didikan Islam dan ademik awal yang baik yang akan menjadi dasar pegangan mereka apabila mereka meningkat dewasa kelak.

HUBUNGI

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Pn Noridah di 0193947311 atau Sdr Halid di 0192865611

[rockyou id=155205707&w=426&h=320]

2 Responses to “Siri Kenali PASTI WP”

  1. Rabiah Zakaria December 7, 2009 at 6:51 am #

    salam, kenapa tak memperkenalkan PASTI yang PKU yang mana pelajarnya kurang…. dengan mempromosikan PASTI-PASTI ini akan menambahkan lagi bilangan pelajar di PASTI tersebut. termasuklah PASTI EHSANIAH…………terima kasih…..

  2. abu bakar December 14, 2009 at 4:51 am #

    tahniah tuan cantik dan menarik pasti tuan.semoga bertambah jayalah lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: