Siri Kenali PASTI WP

13 Dec

PASTI AR-RAUDHAH

SEJARAH

Pasti Ar-Raudhah terletak di No 20, Jalan Midah Tengah 3, Taman Midah, Cheras, berdekatan dengan Sekolah Menengah Bandar Tun Razak. Ditubuhkan pada 2002 oleh Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak yang diketuai oleh Sdr Kamarul Aznam Hazari. Beliau sekarang merupakan Setiausaha PAS Kawasan Bdr Tun Razak. Sdr Kamarul dengan dibantu oleh Cikgu Samila (Pengurus Pasti Al-Kauthar sekarang) dan sahabat-sahabat dari Dewan Pemuda dengan modal yang didahulukan oleh Sdr Yuzaimi Abdullah (Naib Ketua Pemuda pada ketika itu) telah berjaya mencari tempat  yang mana merupakan sebuah rumah corner lot di Jalan 1, Taman Jaya untuk membangunkan sebuah Pasti di Bdr Tun Razak.

Pada mulanya Pasti ini diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS BTR secara bersama-sama tetapi apabila Sdr Yuzaimi berpindah ke Bangi dan tidak lagi terlibat dengan PAS BTR, Pasti ini telah diuruskan oleh Sdr Mohd Isom yang merupakan Pengarah Pasti BTR pada ketika itu. Disebabkan beberapa masalah yang timbul pada sekitar tahun 2004, Pasti ini telah diambil alih dan diuruskan oleh Sdr Abd Halid yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS BTR pada ketika itu. Pada tahun ini juga tuan punya rumah yang kami sewa tidak mahu lagi membenarkan rumahnya untuk disewa. Pasti Ar-Raudhah terpaksa berpindah pada tahun 2005 ke tempat baru iaitu ditempat sekarang di Taman Midah, tidak jauh dari premis yang lama. Hingga sekarang PASTI ini masih lagi dibawah pengurusan Sdr. Abd Halid.

Alhamdulillah , PASTI ini telah berjaya membayar balik semua modal pelabur-pelabur yang memberikan modal untuk menjayakan PASTI ini dan kini PASTI ini dimiliki sepenuhnya oleh Dewan Pemuda PAS BTR.

Terlalu banyak pahit manis yang kami alami untuk sampai ketahap yang ada sekarang. Saya sebagai pengurus PASTI ini, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Sdr Kamarul dan Cikgu Samila yang mana hasil dari penat jerih mereka dulu lah yang hasilnya apa yang ada sekarang. Semoga Allah menerima jasa-jasa mereka sebagai amal-amal soleh. Terima kasih juga kepada Cikgu Yati dan Puan Ima yang terus kekal bersama-sama dengan PASTI ini dari sejak ianya ditubuhkan hingga sekarang.

Antara cabaran yang paling getir ialah apabila duit pendaftaran dan bayaran yang diperolehi pada tahun pertama pasti ini beroperasi telah hilang dicuri orang pada hari pertama pasti in beroperasi. Dalam kesibukan melayan para ibubapa yang datang mendaftarkan anak-anak pada hari pertama persekolahan, tanpa disedari oleh guru-guru, kesemua duit-duit yang dikumpulkan pada hari itu telah hilang entah kemana. Bayangkan macamana sukarnya kami untuk memastikan PASTI ini boleh berjalan dengan baik apabila hampir kesemua duit yang sepatutnya digunakan untuk menguruskan PASTI ini hilang. Keadaan menjadi semakin sukar apabila jumlah pelajar yang kami terima tidak menepati sasaran. Biasalah untuk tahun pertama PASTI ini dibuka.

Kesukaran kewangan sekali lagi berlaku apabila kami terpaksa berpindah ke tempat yang baru, ke Taman Midah, suatu tempat yang agak kurang strategik jika dibandingkan di Taman Jaya. Sdr Yuzaimi telah mengambil balik modal yang beliau laburkan dan terpaksalah saya mencari sumber modal baru untuk menampung kos perpindahan dan kos tempat baru.

Alhamdulillah, berkat sokongan ibubapa yang terus memberikan kami kepercayaan untuk mendidik anak-anak mereka, PASTI ini telah dapat berdiri teguh sehingga kehari ini.

KEJAYAAN

Melahirkan 3 kali pelajar terbaik di peringkat Wilayah.

1)      Adik Tasnim Batrisyia Mohd Zakaria – pelajar terbaik 6 tahun 2009.

2)      Adik Nurfarisyia Hani bt Mohd Rezuan – pelajar terbaik 5 tahun 2008.

3)     Adik Ammar bin Adlan – pelajar terbaik 6 tahun

GURU

Kami mempunyai 3 orang guru dan seorang penolong guru. Cikgu Norhaiti bertugas sebagai guru kelas 6 tahun, Cik Atikah mengajar di kelas 5 tahun dan Cik Norain menjaga anak-anak berumur 4 tahun. Puan Zatul Himmah bertugas menjaga anak-anak selepas waktu mengajar.

PERKHIDMATAN

Kami mengambil pelajar-pelajar 4,5 dan 6 tahun. Kami juga menyediakan penjagaan pelajar-pelajar(nursery) hingga ke petang dan juga perkhidmatan transit untuk anak yang bersekolah rendah.

HARAPAN

InsyaAllah, kami akan memperbaiki lagi prasarana dan kualiti pembelajaran pasti ini dari masa kemasa. Semoga anak-anak yang dihantar kesini akan mendapat didikan islam dan akademik awal yang baik yang akan menjadi dasar pegangan mereka apabila mereka meningkat dewasa kelak.

HUBUNGI

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Pasti ini di 03-91313795 atau Cikgu Yati di 0173347548 atau Sdr Halid di 0192865611 atau walk in terus ke PASTI ini.

[rockyou id=155508922&w=426&h=320]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: