Tazkirah – Perjuangan Dan Kekecewaan

13 Dec

Apabila kita terlibat dalam sesuatu perjuangan, tidak dapat tidak, kita akan menghadapi satu dari beribu masalah perjuangan iaitu masalah kekecewaan atau frustrated. Apatah lagi apabila kita berjuang dalam mengajak manusia mentauhidkan Allah, mengajak manusia berhukum dengan hukum Allah, yang mana halangannya bukan saja dari luar malahan dari dalam diri kita juga, kekecewaan dan kesedihan sudah menjadi asam garam dalam menempuh gelora perjuangan. Kecewa apabila gagal dalam mencapai objektif terhadap sesuatu program yang diadakan, gagal mendapat sokongan dan pertolongan yang diharapkan, gagal untuk mendapat dana yang diperlukan dan berbagai lagi kegagalan yang biasa dihadapi. Senarainya terlalu panjang untuk diperkatakan. Dari sekecil-kecil kegagalan hinggalah kesebesar-besar kegagalan seperti sentiasa gagalnya kita untuk memenangi pilihanraya dan mengalahkan regim Barisal Nasional.
Rasulullah s.a.w dalam berjuang menyebarkan Islam di bumi Mekah juga sering kali menghadapi krisis kekecewaan. Rasullullah s.a.w juga adalah manusia biasa yang mempunyai sifat-sifat kemanusiaan seperti kita. Kecewa apabila dakwah Baginda s.a.w tidak mendapat sambutan dari masyarakat Mekah hatta pakcik Rasullullah s.a.w, Abu Lahab telah menolak mentah-mentah dakwah beliau. Bukan itu saja, tubuh badan Rasullullah s.a.w yang mulia juga sering kali disakiti.
Antara sebab-sebab sesuatu ayat Al-Quran diturunkan ialah untuk menghiburkan hati Rasulullah s.a.w yang kecewa terhadap tentangan kaum musyrikin Mekah pada masa itu. Allah menghiburkan hati Rasulullah s.a.w dengan antaranya menceritakan kisah-kisah nabi-nabi yang terdahulu. Kesusahan dan kepayahan yang dialami oleh rasul-rasul sebelum Baginda s.a.w. Allah juga menjamin selepas kepayahan pasti ada kejayaan. InsyaAllah. Peristiwa Isra’ dan Mi’raj juga ada kaitan dengan bagaimana Allah mahu menghiburkan hati kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w dari perasaan sedih selepas kematian Pakcik dan isteri yang disayanginya.
Jika penyakit kekecewaan dan kesedihan ini gagal ditangani dengan baik oleh seseorang pejuang, peluang beliau untuk FUTUR atau keciciran dalam perjuangan adalah besar. Tidak salah untuk berasa kecewa atau sedih kerana kita adalah insan biasa yang kerdil yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan. Tetapi perasaan kekecewaan itu akan menjadi masalah yang besar apabila kita terlalu ‘obsess’ dengan nya. Pasrahkan diri kepada Allah, bacalah Al-Quran, pahamilah ayat-ayatnya, belajar dan bacalah tentang sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, nabi-nabi yang lain dan ulama’-ulama’ dan pejuang-pejuang yang terdahulu, InsyaAllah perasaan kecewa dan sedih tadi akan dapat kita tangani dengan baik. Malahan kita akan bangkit dan terus maju dengan lebih bersemangat dimedan tempur! Selamat berjuang untuk semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: