7 Formula Ibu Bapa Cemerlang

21 Dec

Tahun sewaktu anak-anak berusia di antara 1-7 tahun, adalah merupakan tahun-tahun ‘ikatan’ (bonding) dan merupakan tempoh yang paling penting dan genting. Pada peringkat ini, perkembangan otak anak-anak adalah paling pesat . Mereka cepat belajar dan apa yang mereka lihat mudah melekat di minda. Peringkat ini merupakan tempoh ‘bermain’ bagi seorang kanak-kanak. Pendekatan disiplin tidak sesuai digunakan pada tempoh ini. Kanak-kanak yang dipukul (untuk tujuan disiplin) hanya akan mendapat sakit sahaja dan mereka tidak mampu untuk memahami mesej yang ingin disampaikan. Tempoh 1-7 tahun ini merupakan masa ibu bapa untuk ‘bermain’, bergurau, bercerita dan membentuk ikatan (bonding) dengan anak-anak. Sekiranya ibu bapa gagal membentuk ikatan ini, anak-anak akan cenderung untuk menjauhkan diri apabila meningkat remaja. Semasa berkomunikasi dengan anak-anak (secara berdepan), bahasa badan dan intonasi suara akan memberi kesan (impak) lebih tinggi berbanding perkataan yang anda tuturkan. Gunakan bahasa dan perkataan yang mudah beserta gerak badan anda supaya mereka tertarik untuk berkomunikasi dengan anda.

7 FORMULA IBU BAPA CEMERLANG

  1. MENGUASAI ILMU DAN HIKMAT.

    Dalam surah Luqman ayat 12, Allah menjelaskan bahawa Luqman telah dikurniakan hikmat. Imam Ibn Kathir mentafsirkan hikmat sebagai ‘kefahaman, ilmu dan tadbir (iaitu pengurusan yang baik).’ Justeru ibu bapa perlu menguasai dan memahami ilmu, terutamanya ilmu agama berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Penguasaan ini perlu disusuli dengan pengurusan hidup yang baik. Tampa ilmu dan kefahaman ibu bapa menjadi seperti musafir yang berjalan tanpa peta.

  2. MEMENTINGKAN IMAN DAN TAQWA.

    Berhubung dengan ini, Luqman menjelaskan, jika ada suatu benda yang kecil, seperti biji sawi, disembunyikan di langit, dalam bumi, dalam natu yang besar atau di tempat-tempat lain, Allah tetap mengetahuinya. Hal in disebut dalam surah Luqman ayat 16. Pendidikan Luqman ini bertujuan untuk melahirkan perasaan muraqabah, iaitu merasai bahawa Alah sentiasa melihat gelagat hambanya di mana saja hamba itu berada. Jika perasaan ini menguasai hati seseorang, ia akan menjadi penasihat dan penyelamat bagi seseorang.

  3. MEMELIHARA IBADAH.

    Antara ibadah yang perlu diutamakan ialah solat. Luqman menyuruh anaknya menegakkan solat. Menegakkan solat bermaksud bersolat secara berterusan dengan memelihara waktu-waktu dan tatacaranya, di samping mementingkan khusyuk ketika bersolat. Solat mempunyai pengaruh yang besar kepada anak-anak.

  4. MEMELIHARA AKHLAK.

    Antara akhlaq yang ditekankan dalam surah Luqman ialah bersikap tawaduk dan tidak sombong ketika bergaul dengan manusia. Beliau juga mengingatkan anaknya agar bersederhana dalam hidup dan tidak meninggikan suara ketika bercakap. Akhlaq yang mulia berkait rapat dengan iman seseorang.

  5. BERSIKAP POSITIF DALAM UJIAN.

    Dalam konteks ini, surah Luqman ayat 17 mengingatkan anaknya kepentingan sabar dalam hidup. Sbar berkait rapat dengan sikap positif. Dengan penekanan ini anak-anak akan cekal mengharungi pancaroba dan liku-liku kehidupan. Anak-anak juga perlu diingatkan bahawa sabar adalah proses ke arah kejayaan.

  6. MEMBINA KEMAHIRAN.

    Antara kemahiran yang dinyatakan dalam surah Luqman ialah komunikasi berkesan. Luqman menasihati anaknya secara terus tanpa rasa kekok. Ini menunjukkan bapa memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan anak-anak. Ketika memberi nasihat, Luqman menggunakan perumpamaan untuk memudahkan kefahaman. Ini menunjukkan Luqman mempunyai kemahiran berkomunikasi. Antara aspek penting yang perlu ada ketika berkomunikasi ialah kelembutan. Mengiku imam Ahmad dan Baihaqi, nabi bersabda “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi sesebuah keluarga diberikan sifat lemah lembut dalam keluarga itu”.

  7. PEKA DAN BERPERANAN.

    Anak-anak perlu dididik agar berperanan dengan mengajak rakan-rakan mereka kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran (ayat 17). Dengan nilai dan sikap ini, anak-anak tidak akan menjadi golongan yang terpengaruh sebaliknya menjadi golongan yang mempengaruhi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: