Majlis Kesyukuran PASTI Ibn Khaldun

21 Dec

PASTI Ibnu Khaldun telah mengadakan majlis kesyukuran bersempena pembukaan premisnya pada 20 Disember 2009, hari Ahad. Majlis bermula pada jam 9.00 malam selepas solat Isyak.

Antara tetamu yang diundang adalah YB Dr Lo’ Lo’ Dato’ Hj Ghazali Ahli Parlimen Titiwangsa, Ketua dan Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Pengarah dan ALP PASTI Wilayah Persekutuan, Yang Di Pertua PAS Kawasan Titiwangsa, Ustaz Abdullah Abdul Wahab, Cikgu Yusoop Abdul Hamid, Penasihat PASTI Ibnu Khaldun, AJK PAS Kawasan Titiwangsa, YDP dan seluruh ahli jawatankuasa PAS Kawasan Setiawangsa, warga PASTI Al Hilmy, ibu bapa dan guru-guru.

Namun demikian, YB Ahli Parlimen Titiwangsa tidak dapat menghadirkan diri kerana jadual beliau yang terlalu padat. Begitu juga sebahagian jemputan yang tidak dapat hadir kerana mesyuarat atau jadual yang tidak dapat dielakkan. Kira-kira 35 orang hadirin hadir ke Majlis Kesyukuran ini termasuk Sdr Zulkarnain Borhan yang mewakili ALP PASTI Wilayah Persekutuan.

Majlis dimulakan dengan Solat Isyak berjemaah, bacaan Yaasin dan Tahlil serta Doa Selamat. Selepas itu, ucapan beberapa pimpinan iaitu Pengerusi PASTI Titiwangsa, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Penasihat PASTI Ibnu Khaldun, Cikgu Yusoop Abdul Hamid serta Taujihat daripada Yang Di Pertua PAS Titiwangsa, Ustaz Abdullah Abdul Wahab.

Dalam ucapan Pengerusi PASTI Titiwangsa, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz menekankan betapa jihad pendidikan akan diberikan keutamaan sebagai satu perkhidmatan DPP Kawasan kepada masyarakat. “PASTI akan dijadikan KPI Pemuda dan sebagai platform berdakwah kepada masyarakat. Pemuda Titiwangsa akan mempertahankan PASTI walau dengan apa cara sekalipun” ujarnya. “Pemuda akan pastikan PASTI akan terus subur dan hidup serta berkembang setiap tahun. Dalam kedhaifan kami sebagai Pemuda Titiwangsa, kerja-kerja Islam tidak akan kami tinggalkan bahkan akan diteruskan”. tegasnya. Beliau sempat memperkenalkan beberapa ahli jawatankuasa PASTI yang bertungkus lumus membangunkan PASTI Ibnu Khaldun selama ini.

Penasihat PASTi Ibnu Khaldun, Cikgu Yusoop Abdul Hamid pula mengingatkan pemuda agar bersungguh-sungguh dalam menjayakan PASTI. Beliau berkata sepanjang penglibatannya dalam PASTI selama 23 tahun, telah 5 buah PASTI berkubur kerana pelbagai masalah. Justeru Pemuda perlu mengambil berat soal mempertahankan PASTI sebagaimana ia dipertahankan untuk diwujudkan.

Ucapan Tazkirah daripada Ustaz Abdullah Abdul Wahab menggamit hadirin. Beliau memuji kesungguhan pemuda serta berpesan bahawa ini adalah usaha yang perlu dilakukan oleh pemuda di mana-mana peringkat sekalipun. Beliau berpesan agar PASTI dihidupkan dengan pelbagai aktiviti untuk berdakwah kepada masyarakat.

Majlis diakhiri dengan jamuan yang disediakan.

[rockyou id=155644855&w=426&h=319]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: