Majlis Makan Malam Sempena Sambutan 35 Tahun PAS WP

28 Dec

Pada 26 Disember 2009 yang lalu telah diadakan satu Majlis Makan Malam Sempena Sambutan 35 Tahun PAS WP. Majlis tersebut telah diadakan di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar. PASTI WP telah turut sama menyertai majlis tersebut dengan membeli sebuah meja. Antara wakil PASTI WP yang hadir ialah Pengarah PASTI, Ust Mohd Adlin, Timb Pengarah PASTI, Haji Abd Halid, En. Abd Rahman, Cikgu Siti Khadijah, Cikgu Rohana, Cikgu Norroshanita, Cikgu Samsiah, Cikgu Masita, Cikgu Ruzita dan juga Cikgu Yusoop. Majlis ini diadakan sebagai penutup bagi program-program yang telah diadakan pada tahun ini Sempena Ulang Tahun ke 35 PAS WP.

Majlis Makan Malam ini telah dihadiri oleh 2 orang pimpinan di peringkat PAS Pusat seperti YB Salahuddin Ayub dan YB Datuk Haji Mahfuz dan juga beberapa orang veteran dan aktivis PAS WP seperti Haji Subky Latif, Pak Yazid, Haji Mohd Ali, Pak Amjal, En. Muhammad (Pakcik Mat Jepun) dan ramai lagi.

Majlis Makan Malam 35 Tahun PAS WP ini bermula pada jam 8.30 malam dengan dimulai dengan acara makan malam. Ia diikuti dengan ucapan Pesuruhjaya PAS WP, Haji Mohamad Noor Mohamad, ucapan YB Datuk Haji Mahfuz dan juga ucapan YB Salahuddin Ayub. Setelah itu, penyampaian anugerah tokoh-tokoh PAS WP dan juga tokoh Pemuda PAS WP. PASTI WP turut berbangga apabila seorang ahli lembaga pengarah PASTI WP telah dianugerahkan sebagai Tokoh Pemuda PAS WP. Beliau ialah Sdr. Abu Bakar Abd Rahman.

Majlis Makan Malam Sambutan 35 Tahun PAS WP ini berakhir pada tepat jam 12 tengah malam. Sesungguhnya majlis ini memberikan makna yang cukup besar bagi PAS WP kerana ianya berjaya menghimpunkan ramai tokoh-tokoh veteren PAS WP di dalam satu majlis. PASTI WP mengucapkan sekalung tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis yang gilang gemilang ini. Syabas dan tahniah diucapkan.

[rockyou id=155761663&w=426&h=320]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: