Hari Pendaftaran PASTI Ehsaniah

6 Jan

18 Muharram 1431 Hijriah merupakan hari pertama bagi tahun kedua PASTI Ehsaniah beroperasi di bawah pengurusan yang baru. Segala Puji bagi Allah swt yang telah mempermudahkan segala gerak kerja warga PASTI Ehsaniah dalam menambahbaik perkhidmatan serta mutu pembelajaran pelajar-pelajar PASTI.

Dengan izinNya juga, PASTI Ehsanian masih dapat beroperasi dan sambutan pada tahun 1431 H amat menggalakkan walaupun suatu ketika dulu keadaannya hampir-hampir hidup segan, mati tak mahu. Tapi berkat doa ibubapa serta warga kerja PASTI, pendaftaran pelajar telah mencecah seramai 36 orang dan sehingga artikel ini ditulis, masih lagi terdapat ibubapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka.

Sesungguhnya pertambahan pelajar bermaksud bertambahnya cabaran warga kerja PASTI Ehsaniah dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberi. Walaupun PASTI ini boleh dikategorikan sebagai masih hijau dan mentah, tapi semangat untuk menyebarkan kebaikan dan dakwah kepada masyarakat setempat menjadi obor keazaman dan kebergantungan kepada Allah swt dalam memastikan anak-anak masyarakat Islam mendapat pendidikan awal yang berlandaskan syariat Islam, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.

Seiring dengan pertambahan pelajar, pihak pengurusan PASTI telah menambah seorang lagi tenaga kerja yang berfungsi sebagai pembantu sepenuh masa dalam memastikan kedua-dua ustazah sedia ada dapat menumpukan perhatian kepada mendidik pelajar tanpa ada rasa terganggu. Sesungguhnya tahun 1431 H merupakan satu tahun untuk PASTI Ehsaniah untuk melangkah setapak lagi dalam memartabatkan imejnya di dalam masyarakat setempat serta menempatkan dirinya di kalangan PASTI yang terbaik di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mahupun di peringkat PUSAT, Insya ALLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: