Apa Punca Anak-Anak Derhaka

19 Jan

Media massa memainkan peranan penting. Apabila diteliti terlalu kurang filem atau drama yang menayangkan cerita keluarga bahagia dan harmoni. Walaupun pengakhirnya, si anak atau ibu bapa sedar dan bertaubat tetapi proses untuk kearah itu penuh perlakuan tidak sopan, tengking dan herdik serta bermaki hamun.

Kita boleh adakan cerita yang baik. Tidak mustahil seorang anak mengajak adik-adiknya berdoa untuk kesejahteraan ayah mereka. Cium tangan ayah sebaik pulang dan balik kerja, ajak sembahyang jemaah dan sebagainya. Pelikkah kalau ibu bapa praktikkan begitu?

Proses pendidikan yang tidak bermoral turut mempengaruhi. Bagaimana mahu melahirkan anak-anak berakhlak jika di sekolah para guru tidak bermoral? Jika baran dan marah sekalipun, jangan keluarkan perkataan-perkataan celupar seperti bodoh, bengap atau dungu kepada anak murid, kerana kata-kata guru seperti emak, sebahagian daripada doa.

Sabda Nabi saw, “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukul.”

Jika si anak bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula renggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka.

Anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. Anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumah tangga.

Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

Faktor makanan turut mengganggu jiwa anak-anak dan menjadi aktif tidak menentu. Dalam proses tumbesaran anak-anak, jenis dan mutu makanan sangat penting kerana ia menjadi darah daging. Rasulullah pernah bersabda yang antara lain kisahnya, seorang budak bermain bola dan tertendang masuk ke dalam masjid. Dia masuk ke masjid dan bertembung dengan nabi, dan nabi pun menyebut anak subahat sebanyak tiga kali. Ayahnya runsing dan bertanya kenapa Rasulullah berkata begitu. Bila diperiksa rupanya faktor makanan yang dimakan oleh ayahnya mengganggu tumbesaran si anak. Ia membentuk darah daging dan air mani yang akhirnya membentuk si anak.

Makanan yang baik , pertama halal dan kedua bermutu. Duit halal atau haram turut mengkelaskan jenis makanan. Sebab itu, jika berpendapatan tetap salurkan sedekah atau membayar zakat kerana ia  membersih harta. Daripada harta itulah, kita mendapatkan makanan yang akhirnya membentuk darah daging.

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan onang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Saidina Umar juga pernah berjumpa budak kecil. Dia menghampiri budak itu dan berkata, “Wahai budak, tolong doakan untukku, agar Tuhan ampunkan dosaku.’ Sahabat-sahabat terkejut dan bertanya, “Ya Umar, kamu khalifah,

Allah dan Rasul telah jamin syurga untuk kamu, kenapa tidak berdoa sendiri.”

Jawab Saidina Umar, budak-budak kecil tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau jumpa budak kecil, baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun anak anak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

Terdapat satu kes, anak mendapat keputusan SPM pangkat dua. Si anak balik menangis dan minta maaf kepada orang tua. Si bapa marah-marah dan herdik seperti melakukan kesalahan terlalu besar. Tidak puas marah, anak dihalau keluar dan tidak bertegur sampai ke hari ini.

Kasihan si anak yang telah berusaha tetapi gagal. Itu bukan kehendaknya dan rezekinya setakat itu sahaja, tetapi sikap si ayah membunuh jiwa dan terpahat di ingatannya sampai tua.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya anak derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu. Walaupun ibu sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luaskan rahmatNya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram. Lebih teruk lagi, Allah tunjukkan dalam bentuk bala. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi jalin hubungan yang baik kerana hayat orang tua bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak.

Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetàpi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi sunuh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.

Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenannya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendini. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?

Ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua Rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya.

Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isteninya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ibu-ibu tolong maafkan anak-anak dan doakan keselamatan mereka. Memang anak-anak yang degil dan tidak mendengar kata, itu ujian Tuhan. Berdoalah kepada Allah semoga bila usia anak meningkat perangainya berubah. Jika masih tidak berubah, berdoa lagi moga-moga berubah selepas kahwin Sekiranya tidak berbeza, sebelum meninggal tulislah wasiat kepada anak-anak.

Jangan tinggal sembahyang dan jadilah anak yang soleh. Ibu-ibu juga amalkan surah Toha ayat satu hingga enam kerana ia mujarab melembutkan hati anak-anak.

2 Responses to “Apa Punca Anak-Anak Derhaka”

  1. Nana Adlina July 30, 2011 at 11:17 pm #

    anak anak patut mentaati ibu bapa mereka…

  2. aisyah March 15, 2012 at 6:58 am #

    terima kasih , sekarang saya dah tahu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: