Mesyuarat PASTI WP 2010

19 Jan

Pasti Hidayah, Kuala Lumpur. Pada Sabtu, 16 hb Januari yang lalu PASTI Wilayah Persekutuan telah mengadakan mesyuarat yang pertamanya bagi sesi 2010. Mesyuarat telah diadakan di Pasti Hidayah, Keramat, Kuala Lumpur bermula pada jam 10:00 pagi. Sebelum itu juga telah diadakan mesyuarat Majlis Guru Pasti (MGP) di tempat yang sama bermula jam 8:00 pagi. Pada mesyuarat MGP kali ini, Pengarah Pasti WP, Ust Adlin Salleh telah dijemput untuk menyampaikan tazkirah kepada semua guru-guru pasti yang hadir pada hari tersebut.

Pengarah Pasti WP, Ust Mohd Adlin Salleh sedang menyampaikan tazkirah kepada guru-guru PASTI

Guru-guru sedang khusuk mendengar tazkirah Ust Adlin

Majlis Guru Pasti (MGP) sedang bermesyuarat, dipengerusikan oleh ketuanya Puan Rozana Mohd Razi

Pasti WP telah melantik 5 orang lagi untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah Pasti WP dalam usaha untuk memperkasakan lagi PASTI di Kuala Lumpur ini. Mereka ialah Sdr Haris, Mohd Saidi, Khidir, Abdul Rani dan Abd Karim. ‘Welcome a board’ diucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah dilantik. Semoga mereka dapat menjalankan amanah yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.

Penyerahan watikah perlantikan oleh Timbalan Pengarah Pasti WP kepada sdr Khidir

Penyerahan watikah perlantikan kepada sdr Haris

Penyerahan watikah perlantikan kepada Sdr Mohd Saidi

Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Pasti WP dan MGP WP akan mengadakan mesyuarat sebulan sekali pada kebiasaannya di PASTI Hidayah setiap Sabtu minggu pertama untuk membincangkan segala perkara dalam meguruskan pasti-pasti yang berada di Kuala Lumpur.

Pengarah PASTI WP, Ust Mohd Adlin sedang mempengerusikan mesyuarat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: