Pendaftaran 2010: Pelajar PASTI WP Meningkat Lagi!!

22 Jan

Tahun baru ini mencatat lagi kenangan manis. Peningkatan ketara pelajar PASTI WP terus berlaku. 2008: 600 pelajar. 2009: 750 orang. 2010, 870 orang (setakat ini). Peningkatan 16% berbanding 2009. PASTI baru pula tumbuh satu lagi; Ibnu Khaldun di kawasan Titiwangsa.

Tahun lepas ada 3 buah dalam kategori Pasti Kurang Upaya (PKU). Kali ni tiada lagi. Mana tidaknya. Lihatlah pelaburan yang dibuat pada premis Al-Furqan  sebagai contoh. PASTI ni 3 tahun berturut-turut menang anugerah PKU. Tapi kini tak lagi. Pelajar yang sebelum ni hanya 15 orang kini dah capai 30 orang (PASTI ni agak jauh daripada kepadatan penduduk). Rahsianya? Nak kena berhabis dulu RM25 000 lebih untuk naik taraf premis…. Hasilnya, Syukur pada Allah!

Begitu juga pada Nurul Iman. Dekorasi bangunannya begitu mencabar iman. Kali ni pendaftaran terpaksa ditutup kerana kesempitan ruang. Pelajarnya kini 60 orang (2009: hanya 22 orang)! Alhamdulillah.

Tahniah juga pada Al-Ummah. Dulu 69 orang, kini dah 85 orang! Kualiti nak kena tambah ni…Nanti Cikgu Yusoop nak kena jenguk. Buat spotcheck!

Akhir kata, tahniah kepada semua warga PASTI WP yang bertungkus lumus membangunkan PASTI dan berusaha sedaya mungkin menambah bilangan premis dan pelajarnya. Doa kita bersama agar 2010 ini lebih baik daripada 2009!!!

Ust Adlin Salleh

Pengarah PASTI WP

2 Responses to “Pendaftaran 2010: Pelajar PASTI WP Meningkat Lagi!!”

  1. norhizwan binti mohamad said January 29, 2010 at 3:07 am #

    salam,
    saya berminat untuk menghantar anak saya ke PAsti.boleh senaraikan dimana lokasi yang berhampiran dengan saya tak?saya tinggal di Puchong(Taman Bukit Kuchai-berhampiran BAndar Kinrara) dan bekerja di Bangsar. antara 2 lokasi tersebut dimanakah pusat2 asuhan ini berada.
    untuk makluman tuan, anak saya berumur 4 tahun.birthdate 20.6.2006. sekian terima kasih.

  2. pemudawilayah January 29, 2010 at 3:19 am #

    Salam’alaik
    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan PASTI-PASTI yang berdekatan dengan kawasan akak @ yang berhampiran dengan akak, akak boleh lah berhubung dengan alamat di bawah

    Pejabat Sekretariat PASTI Negeri Selangor
    No. 4, Jalan 6, Taman Mesra Batu 13 1/2 Jln Cheras-Kajang,
    Kajang, Selangor.
    Tel/Fax : 03-8733 5850

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: