Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2010 PASTI Ibn Sina

25 Jan

PASTI Ibnu Sina telah diberi tanggungjawab yang amat besar oleh penduduk-penduduk Taman Dato’, Kampung Puah Seberang, Kampung Chubadak, Kondo Taman Dato’ Senu, Flat Seri Kelantan, Flat Bandar Baru Sentul, Kondo Suajaya, Flat 205, 207, 209, 211, 213, Apartment Melur Bandar Baru dan seluruh penduduk yang berhampiran untuk mendidik dan mentarbiyah anak-anak PASTI.

Amanah ini cuba dipikul dan dikongsi bersama ibubapa yang yakin dengan Pendidikan Islam sebagai satu jalan yang paling tepat di muka dunia ini.

Pelbagai persiapan telah dibuat PASTI Ibn Sina sempena kemasukan pelajar PASTI bagi sesi 2010 baru-baru ini. Alhamdulillah, pendaftaran ke PASTI Ibn Sina bagi sesi 2010 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua ibu bapa. Berikut adalah gambar-gambar semasa pendaftaran untuk dikongsi bersama.

inilah gambar persiapan yang terakhir untuk menceriakan mata ibubapa memandang bagi tahun 2010.

Pada awal bulan Dec 2009, PASTI Ibnu Sina telah berjaya mengadakan tahfiz cuti sekolah berakhir 18 dec 2009. Selepas daripada itu, barulah cikgu-cikgu di PASTI bersungguh-sungguh membersihkan kawasan pasti, menghias pasti dan mengecat kerusi dan bangku

inilah hasil hiasan yang di buat oleh guru PASTI Ibnu Sina moga-moga nampak ceria dan menarik di mata masyarakat setempat

muka depan PASTI Ibnu Sina di jalan yang lurus inilah kami cuba mendidik dan mentarbiah anak-anak supaya mentaati perintah Allah. Pergi dan balik inilah jalannya mengaji iqra’, menghafal al-quran, belajar bahasa arab , menyiapkan kerja sekolah dan kelas kaffah. Moga-moga Allah redha

banner inilah yang kami pamerkan kepada masyarakat untuk memberitahu program mendidik anak-anak kecil. Awal-awal agama itu mengenal Allah.

Alhamdulillah di hari pertama ibubapa seawal 7.30 pagi telah datang beratur untuk mendaftar anak-anak ke sekolah! tak syak lagi di PASTI lah..

ini suasana di depan pagar pasti kenderaan agak berterabur kedudukannya di hari pendaftaran. Agak sibuk pagi ini tetapi dalam kawalan kebanyakan ibubapa yang hadir orang yang beriman dan beramal soleh. amin..

ibubapa menunggu giliran untuk mendaftar dan membuat bayaran. InsyaAllah harga berpatutan dan selesa…

di sinilah meja pendaftaran. kesian Cikgu Zahrah menulis resit hampir 2 jam. apa boleh buat ini amanah yang Allah beri. moga-moga menjadi amal soleh..

beginilah suasana kelas 5 tahun yang mana meja dan kerusi telah dicat oleh Cikgu Zahrah, Cikgu Noor Izzah dan Cikgu Wana di waktu cuti sekolah bulan Dis lepas..

ini pula suasana kelas 4 tahun dipenuhi permainan bagi menceriakan anak-anak PASTI yang seawal 4 tahun.

Sewal 4 tahun anak-anak PASTI ini sudah bersekolah. Teriakan tangisan anak-anak PASTI pada tahun ini agak kurang jika dibandingkan pada tahun 2009. Sistem pembelajaran yang PASTI Pusat rangkakan adalah cukup menarik dan boleh dibanggakan. Sekalung  terima kasih diucapkan kepada MGP (Majlis Guru Pasti) Wilayah Persekutuan.

ini pula suasana 6 tahun. mereka ni lain sikit.. maklumlah senior. bakat mereka terpendam selama sebulan setengah. jadi bila jumpa kawan-kawan lama gurauannya luarbiasalah.

minggu pertama guru-guru sedang melatih anak-anak pasti beratur untuk membuat senaman dan membaca 3 qul sebagai hafalan mereka

anak-anak pasti sedang menunggu rakan-rakan yang lain untuk keluar dari kelas. sambil itu sempat juga anak-anak PASTI menegur jurugambar supaya mengambil gambar mereka. seronok betul melihat gelagat anak-anak pasti bijak dan pandai

begitu penyabarnya Cikgu Noor Izzah cuba meluruskan saf anak-anak pasti. lurus di depan bengkok di belakang. hmmmmm……. apa boleh buat, anak-anak yang pintar inilah caranya

beginilah suasana dunia pasti.. kesian Cikgu Wana yang berbaju kurung kuning dan Cikgu Noor Izzah berbaju kurung ungu. sabar jer… melayan kerenah anak-anak PASTI yang tak boleh diam walau sesaat

Beginilah ragam-ragam anak-anak PASTI semasa pendaftaran dan di awal sesi pembelajaran di PASTI Ibnu Sina ini. Semoga mereka ini menjadi anak-anak yang bertaqwa dan soleh yang mampu menyejukkan hati kedua ibu bapa mereka.

DAFTARRRRRRRRRRRRR SEGERA PELAJAR TERHAD….

(10 orang shj)

Kelas PASTI Ibnu Sina yang sedang jalankan

Isnin, Rabu & Jumaat

menyelesaikan kerja sekolah(home work)

8.00mlm-9.30mlm

hanya rm55.00 sahaja

* tahfiz mingguan

sabtu : 8.00 pagi-10.00 pagi

hanya rm80..00 sahaja.

* kelas bahasa arab : 10.00 pagi-12.00 tgh

percuma

* kelas kaffah : 3.00 ptg – 5.00ptg

hanya rm70.00 sahaja.

Jom hantar anak-anak kita ke PASTI.

One Response to “Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2010 PASTI Ibn Sina”

  1. peminat PASTI WP January 27, 2010 at 3:02 am #

    Tahniah pada Ibnu Sina dan pengurusnya, Ust Bakar yang bekerja keras memakmurkan Pasti. Nampak penuh program dan aktivitinya. Wa caya lu!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: