Kursus Kaffah PASTI WP

31 Jan

Pada 22 dan 23 Januari 2010 yang lalu, telah diadakan kursus kaffah bagi PASTI WP. Kursus ini diadakan di Pejabat PASTI Pusat, Taman Samudera,  Gombak, Selangor. Seramai 28 orang guru PASTI sekitar WP telah menghadiri kursus kaffah tersebut. Kursus Kaffah PASTI WP ini juga merupakan kerjasama bersama di antara PASTI WP dan  Unit Kaffah PASTI Malaysia.

Cikgu Subhi membentangkan slot kursus kaffah.

Tujuan kursus ini diadakan adalah sebagai persediaan kepada semua pasti yang ingin mengadakan kelas kaffah bagi tahun 2010. Kelas kaffah ini terbuka kepada untuk pelajar-pelajar sekolah rendah bermula dari darjah 1 sehingga 6. Di antara mata pelajaran yg ditawarkan ialah bahasa melayu, bahasa inggeris, lughah al-quran, matematik, sains, fiqh solat, fiqh taharah, fiqh syahadah dan pendidikan al-quran dan as-sunnah.

Kelihatan cikgu-cikgu sedang memberikan tumpuan 200% kepada slot yang diberikan.

Kursus kaffah PASTI WP ini bermula dengan pendaftaran seawal jam 8.00 malam pada hari Jumaat 22 Januari 2010. Kemudian diikuti dengan pembentangan slot dari Ustazah Wahibah yang bertajuk ‘Konsep Kurikulum Kaffah’ bermula jam 9.30 malam sehingga 11 malam. Kemudian semua peserta menikmati minum malam dan tidur.

Tu dia khusyuknye Kak Jah makan sampai tak perasan Kak Noni yang terlelap di sebelah..

Pada keesokan harinya, selepas minum pagi, pembentangan slot diteruskan lagi iaitu slot ‘Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar Kaffah’, ‘Fardhu Kifayah dan ‘Ain’ dan ‘Taklimat Pengajaran Bahasa’ oleh Cikgu Subhi sehingga tengahari. Kemudian makan tengahari dan solat Zohor. Slot diteruskan lagi dengan pembentangan dan taklimat Lughatul Quran dan Pengajaran Sains dan Matematik pada sebelah petang dan ‘Tarbiyyah Dalam Kurikulum Kaffah Untuk Penggerak Kaffah’ pada sebelah malamnya.

Apa laa yang hangat dibualkan oleh cikgu-cikgu ni masa makan ye..!!

Pada hari terakhir iaitu hari ahad, para peserta dibentangkan dengan 2 slot terakhir iaitu slot ‘Penggunaan dan Penyediaan Bahan Dalam P&P Kaffah’ dan ‘Taklimat Pengajaran Fiqh’. Selepas itu, para peserta diminta untuk membuat pembentangan berkumpulan sebagai rumusan terhadap kursus ini. Ini bertujuan untuk melihat sejauh mana pemahaman setiap guru yang mengikuti kursus ini.

Sesi pembentangan slot diteruskan lagi. Jangan mengantuk ye cikgu-cikgu..!!

Kursus Kaffah PASTI WP ini berakhir dengan ucapan pengarah program iaitu Ust Abu Bakar Abdul Rahman dan juga ucapan Pengarah PASTI WP, Ust Mohd Adlin Salleh. Penyampaian sijil penyertaan juga diberikan kepada semua guru yang hadir.

Sesi penyampaian sijil oleh Pengarah PASTI WP. Amboi, sukanyee Kak Zana..!!

Terima kasih diucapkan kepada Unit Kaffah PASTI Malaysia, Unit Kaffah PASTI WP, saf kepimpinan PASTI WP dan seluruh individu yang terlibat di dalam menjayakan kursus ini. Semoga jasa kalian akan dibalas dengan sebaik-baik balasan. Terima kasih diucapkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: