Pelajar Cemerlang PASTI WP dalam Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Malaysia

2 Feb

Pada 30 Januari 2010 yang lalu, PASTI Malaysia telah mengadakan Anugerah Pelajar Cemerlang peringkat kebangsan. Ia diadakan di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Anugerah Pelajar Cemerlang ini telah dirasmikan oleh Sdr. Ahmad Sabky Yusof selaku Naib Ketua Pemuda PAS Pusat. Anugerah ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar PASTI yang berumur 5 dan 6 tahn yang cemerlang di seluruh Malaysia. Seramai 28 orang pelajar PASTI telah menerima angerah tersebut.

Tidak terkecuali juga pelajar PASTI dari Wilayah Persekutuan. Seramai 2 orang pelajar PASTI dari Wilayah Persekutuan menerima anugerah tersebut. Mereka ialah Adik Luqman Hakim Abdul Halim yang berumur 5 tahun dari PASTI Al-Huda 1, Segambut dan Adik Tasnim Batriesya Mohammed Ali yang berumur 6 tahun dari PASTI Aulad, Bandar Tun Razak.

Program yang berakhir jam 1 tengahari ini telah dihadiri bukan sahaja dari kalangan pelajar-pelajar PASTI penerima angerah malahan ibu bapa mereka juga turut sama menghadiri bagi melihat anak-anak mereka menerima anugerah. Semoga pelajar-pelajar PASTI ini sentiasa cemerlang pada masa akan datang. Insya Allah…

[rockyou id=156409370&w=426&h=320]

3 Responses to “Pelajar Cemerlang PASTI WP dalam Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Malaysia”

  1. Pengurus Lembah Pantai. February 3, 2010 at 3:33 am #

    Akhi SUK

    Takde ke foto2 masa program? Ingin juga tengok…

  2. pemudawilayah February 3, 2010 at 4:09 am #

    Ustaz, foto-foto program kan ada kat bawah artikel ni cuma tak banyak. Foto ustaz pun ada juga. Sibuk bertugas masa tu, heheheee

  3. Pengurus Lembah Pantai. February 4, 2010 at 5:05 am #

    mula-mula tak perasan kat foto di slide kat bawah tu. Lepas send, baru perasan. Isyh isyh isyh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: