Bengkel Keselamatan PASTI WP

9 Feb

Pada 7 Februari 2010 PASTI WP telah mengadakan bengkel keselamatan yang bertempat di PASTI AL-Furqan, Kg Pasir, Lembah Pantai. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga jam 1.30 tengahari ini dihadiri oleh semua guru, pengasuh dan pengurus PASTI-PASTI di WP.

Di antara peserta yang hadir

Bengkel keselamatan PASTI WP ini bermula dengan kuliah yang bertajuk ‘Kawalan Kecederaan di PASTI’ yang telah disampaikan oleh Dr. Rainey Azmi bin Ali dari Institut Jantung Negara (IJN). Di dalam slot ini, Dr. Rainey telah menerangkan bagaimana kaedah-kaedah rawatan awal sekiranya mengalami kecederaan seperti patah anggota badan, melecur dan luka-luka besar. Beliau juga turut memaparkan beberapa tayangan slide berkenaan situasi-situasi luka dan rawatan.

Dr. Rainey sedang memberikan kuliah kesihatan beliau

Antara peserta yang hadir..tekun sungguh mereka mendengar

Kemudian kuliah diteruskan lagi dengan penyampaian oleh salah seorang peguam iaitu Saudara Ahmad Zamri bin Asa’ad Khuzaimi yang bertajuk ‘PASTI Dari Sudut Perundangan’. Saudara Ahmad Zamri telah menerangkan PASTI dari sudut perundangan dan juga menerangkan kaedah-kaedah perundangan yang boleh diambil oleh guru-guru sekiranya berdepan dengan beberapa situasi.

Ahmad Zamri sedang memberikan taklimat undang-undang kepada guru.

Guru-guru yang khusyu’ mendengar penerangan yang diberikan…

Kuliah yang terakhir ialah ‘Risiko Kebakaran di PASTI’. Kuliah ini telah disampaikan oleh wakil dari Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia. Di dalam kuliah ini, beliau telah menerangkan bagaimana kebakaran boleh terjadi di PASTI-PASTI dan bagaimana untuk menanganinya. Yang menarik di dalam kuliah ini ialah praktikal memadamkan kebakaran yang telah ditunjukkan oleh anggota BOMBA ini. Guru-guru PASTI WP ini juga turut diberikan peluang untuk menjalani latihan praktikal memadamkan api ini. Ini supaya mereka dapat membiasakan diri menggunakan alat pemadam api ini sekiranya berlaku kebakaran.

Wakil Bomba sedang memberikan taklimat…

Sembur kak..jangan tak sembur..!!

Bengkel keselamatan ini berakhir jam 1.30 tengahari. Alhamdulillah, bengkel keselamatan ini berjaya dilaksanakan. Semoga para peserta mendapat pelbagai ilmu berkenaan keselamatan ini dan dapat dipraktikkan sekiranya terpaksa berdepan dengan situasi-situasi yang tidak diingini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Rainey, Saudara Ahmad Zamri dan Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia yang telah memberikan kuliah kepada para peserta. Tidak dilupakan kepada seluruh ahli lembaga pengarah PASTI WP, PAS Kawasan Lembah Pantai dan seluruh PASTI WP yang telah bersama-sama menjayakan bengkel keselamatan ini. Moga Allah membalas semua jasa kalian.

[rockyou id=156503907&w=426&h=320]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: