Siri Kenali PASTI WP

23 Feb

PASTI AR-RASYIDIN

PASTI Ar-Rasyidin telah ditubuhkan pada tahun 1982. Ketika itu nama PASTI Ar-Rasyidin dikenali dengan nama PASTI Padang Balang dan terletak di Lot 2540, Padang Balang. Tidak seperti PASTI-PASTI yang lain, PASTI Ar-Rasyidin ketika itu di bawah kelolaan Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu selama 10 tahun. Pada tahun 1992, barulah ianya diambil alih oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu.
Pada peringkat awal penubuhan, PASTI Ar-Rasyidin ini mempunyai seramai 10 orang murid dan 2 orang guru. Kelas pula hanyalah 1 sahaja yang mana kelas 5 tahun dan 6 tahun digabungkan. Pada tahun 1993, berlaku peningkatan seramai 20 orang murid dan 3 orang guru. Ketika itulah baru berlaku pengasingan kelas mengikut tahun. Pada tahun ini, Pengurusnya ialah Encik Omar Satari.
Pada tahun 1999, ianya telah berpindah ke Lot 2137, Padang Balang dan menggunakan nama PASTI Ar-Rasyidin. Ketika itu, pengurusnya ialah Encik Kamal Arif bin Kamaruzaman. Kemudian ianya diambilalih oleh Sdr Mohd Rafaie Abd Razak pada tahun 2005 sehingga kini.

PENCAPAIAN

PASTI Ar-Rasyidin pernah mendapat tempat ke 2 bagi pelajar terbaik 5 tahun peringkat PASTI WP pada tahun 2008. PASTI ini juga pernah mendapat naib johan nasyid peringkat WP pada tahun 2000 sekaligus merangkap persembahan terbaik. Pada tahun 2007 pula PASTI Ar-Rasyidin telah mendapat tempat ketiga bagi PASTI Ceria peringkat WP. Apa yang lebih membanggakan PASTI Ar-Rasyidin ini merupakan johan keseluruhan bagi sukan tahunan PASTI WP pada tahun 1999-2000, 2002-2005 dan 2007-2009.

PASTI Ar-Rasyidin juga pernah dianugerahi guru cemerlang PASTI WPCikgu Faziah Osman menerusi gurunya iaitu pada tahun 2003 dan Tokoh Guru WP pada tahun 2006.

PERKHIDMATAN

PASTI Ar-Rasyidin mempunyai 3 kelas iaitu kelas 4,5 dan 6 tahun dan juga mempunyai 3 orang guru serta seorang pembantu. Selain itu, guru-guru ini juga membantu menghantar murid-murid pulang ke rumah masing-masing.

PASTI Ar-Rasyidin juga menyediakan kelas membaca bagi 6 tahun pada setiap hari bermula jam 12 tengahari sehingga 1.30 tengahari dan kelas iqra’ bermula jam 11 pagi sehingga 11.40 pagi.

Semoga PASTI Ar-Rasyidin ini terus berjaya dan terus memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik untuk pelajar-pelajarnya seterusnya melahirkan generasi-generasi yang soleh dan solehah. Kepada para ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke PASTI Ar-Rasyidin ini bolehlah menghubungi Cikgu Faziah (012-325 9596) atau datang sendiri ke Lot 2125 / 37, Kg. Padang Balang, 51 000 Sentul, Kuala Lumpur.

[rockyou id=156691767&w=426&h=320]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: