Hari Kecemerlangan Pelajar Lembah Pantai

9 Mar

Lajnah Pendidikan PAS Lembah Pantai akan mengadakan Hari Kecemerlangan bagi pelajar-pelajar di Kawasan Lembah Pantai. Sambutan Hari Kecemerlangan ini akan diadakan pada 14 Mac 2010 (Ahad) 8.30 pagi di PASTI Al-Furqan pada jam. Ianya bertujuan untuk memberikan anugerah dan hadiah kepada pelajar-pelajar yang telah cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR pada tahun 2009.

Sambutan Hari Kecemerlangan ini akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Saudara Kamaruzaman Mohamad selaku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Sambutan ini akan dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan bacaan al-Quran sebagai pembuka majlis. Kemudian ianya akan diikuti dengan ucapan Ust. Mohd Adlin Salleh sebagai YDP Lembah Pantai dan ucapan perasmian majlis oleh Yang Berbahagia Saudara Kamaruzaman Mohamad selaku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Kemuncak kepada majlis ini ialah penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Majlis akan diakhiri dengan jamuan pagi kepada semua hadirin.

Sehubungan dengan itu, semua hadirin dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Sambutan Hari Kecemerlangan Pelajar-Pelajar Lembah Pantai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: