Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Bersidang Lagi…

10 Mar

Pada Selasa, 9 Mac 2010 jam 10 malam, Dewan Harian Ahli Lembaga Pengarah PASTI WP telah bermesyuarat di Pasti An-Nur, Lembah Pantai. Perkara utama yang dibincangkan pada malam tersebut ialah persediaan PASTI WP dalam menyertai program Ihtifal PASTI Malaysia yang akan diadakan mungkin pada bulan Ogos nanti. Acara-acara yang akan dipertandingkan dalam program tersebut yang perlu diberi perhatian untuk latihan ialah seperti nasyid, hafazan, bercerita, berkhutbah, azan dan lain-lain lagi. Latihan yang secukupnya kepada pelajar perlu disediakan demi untuk menghasilkan kualiti persembahan yang baik. Agenda lain yang dibincangkan ialah perkara-perkara yang perlu diadakan demi untuk memperkasakan pembelajaran K4T (Korikulum 4 tahun). Isu-isu penaziran juga dibincangkan demi untuk memastikan pasti-pasti menepati kehendak dan kaedah pembelajaran dan pengajaran PASTI Malaysia.

Mesyuarat seumpama ini sentiasa diadakan demi untuk memperkasakan PASTI WP.

PASTI An-Nur menganjurkan kelas tuisyen kepada pelajar-pelajar yang tinggal di sekitar Surau An-Nur. Kelihatan sebahagian dari pelajar dan guru yang berada di PASTI pada malam mesyuarat tersebut.

Anak-anak tengah kusyuk mentelaah pelajaran dengan diperhatikan oleh guru mereka

Ust Adlin Salleh, Pengarah PASTI WP sedang mempengerusikan mesyuarat

Antara yang turut hadir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: