Sukan Bola Sepak Bola Jaring PASTI WP 2010

7 Apr

Pada 27 Mac yang lalu, PASTI WP telah mengadakan acara pertandingan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring peringkat WP buat kali yang ke 5. Acara sukan tahunan ini telah diadakan di Padang Taman Sri Rampai, Setiawangsa bersebelahan dengan PASTI Ibn Khaldun. Acara Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring ini merupakan anjuran PASTI WP bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa. Acara sukan ini telah dirasmikan oleh Haji Mohamad Noor Mohamad yang merupakan Pesuruhjaya PAS WP.

Pertandingan sukan Bola Sepak dan Bola Jaring ini bermula seawal jam 9 pagi. Semua kontinjen pasukan daripada 18 buah PASTI seluruh WP mengambil tempat masing-masing di bawah khemah yang telah disediakan oleh pihak urusetia. Sejurus kemudian tetamu kehormat iaitu Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad sampai untuk mengambil tempat sambil diiringi oleh Pengarah PASTI Ust Mohd Adlin Salleh dan Pengarah program Sdr. Haris. Acara sukan Bola Sepak dan Bola Jaring dimulakan dengan lintas hormat setiap kontinjen PASTI sambil diiringi dengan lagu iringan. Lintas hormat ini bermula dengan kontinjen PASTI Al-Huda dan diakhiri daripada kontinjen PASTI Ar-Raudhah. Setiap kontinjen ini mempunyai baju sukan yang tersendiri. Mereka membawa banner PASTI masing-masing sambil diiringi oleh guru setiap PASTI. Setelah semua kontinjen berkumpul, acara diteruskan dengan ucapan ringkas daripada Pengarah PASTI WP, Ustaz Mohd Adlin Salleh. Seterusnya acara dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad selaku Pesuruhjaya PAS WP setelah ucapan perasmian oleh beliau. Kemudian, acara diserikan lagi dengan bacaan doa dan ikrar sukan daripada Adik Nur Aina Safeeya Bte Mohd Sadli daripada PASTI Al-Hilmi dan juga nyanyian lagu PASTI daripada semua peserta dan hadirin. Selepas itu, perbarisan kontinjen keluar padang untuk memulakan acara kemuncak iaitu pertandingan sukan bola sepak dan bola jaring.


[rockyou id=157207653&w=426&h=320]

Sebanyak 6 padang diperuntukkan untuk acara sukan ini yang mana 3 padang untuk acara bola sepak dan 3 padang untuk bola jaring. Acara sukan bola sepak dimulakan dengan pertandingan di antara PASTI Al-Ummah menentang PASTI Al-Furqan, PASTI Ar-Raudhah menentang PASTI AN-Nur dan PASTI As-Salam menentang PASTI Al-Hidayah. Bagi acara bola jaring pula acara dimulakan dengan pertandingan di antara PASTI Hidayah menentang PASTI Ar-Rasyidin, PASTI Ibn Khaldun menentang PASTI As-Salam dan PASTI Al-Ummah menentang PASTI An-Nur. Pertandingan-pertandingan yang berlangsung di antara setiap 18 buah PASTI adalah sungguh sengit sekali. Pelbagai skil dan teknik telah dipertontonkan oleh murid-murid PASTI ini walaupun mereka ini hanya berumur 5 dan 6 tahun sahaja. Perlawanan berlangsung sehingga ke tengahari. Pasukan yang berjaya melangkah ke peringkat akhir ialah daripada PASTI As-Salam dan PASTI Al-Huda. Kedua-dua pasukan ini berentap dengan penuh semangat yang berkobar-kobar demi memenangi juara bagi tahun 2010 ini. Walaupun perlawanan brlangsung pada tengahari namun ianya tidak melunturkan semangat mereka yang waja itu. Masing-masing telah menunjukkan skil dan gaya permainan yang hebat. Namun, apa kan daya, kehebatan PASTI As-Salam yang merupakan juara bertahan tidak dapat disangkal lagi. PASTI As-Salam berjaya menewaskan PASTI Al-Huda dengan jaringan sebanyak 3 berbalas 1. Bagi perlawanan bola jaring pula, juara ialah PASTI Nurul Iman setelah menewaskan PASTI Al-Kauthar.

[rockyou id=157207747&w=426&h=320]

Penghujung acara sukan bola sepak dan bola jaring ini ialah ucapan penutup yang telah disampaikan oleh Sdr. Fadhil Osman selaku Timbalan Pengerusi Jabatan Kesukanan, Kesenian dan Kebudayaan (DACS) Dewan Pemuda PAS Pusat dan seterusnya penyampaian medal kepada semua peserta dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Penyampaian medal kepada semua peserta bola sepak telah disampaikan oleh Haji Abdul Halid Basir selaku Timbalan Pengarah PASTI WP. Medal dan trofi bagi pemenang Naib Juara bagi Sukan Bola Sepak telah disampaikan oleh Ust. Mohd Adlin Salleh selaku Pengarah PASTI WP manakala Juara iaitu PASTI As-Salam pula telah disampaikan oleh Sdr. Fadhil Osman.   Bagi sukan bola jaring pula, medal kepada semua peserta telah disampaikan oleh Pengarah Program iaitu Sdr. Haris. Bagi Naib Juara iaitu PASTI Al-Kauthar dan Juara iaitu PASTI Nurul Iman, hadiah dan medal telah disampaikan oleh Puan Rozana selaku Ketua Majlis Guru PASTI(MGP) WP.

[rockyou id=157207938&w=426&h=320]

Pertandingan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI WP 2010 ini berjaya melahirkan pemain terbaik dari sukan bola sepak dan bola jaring. Bagi Sukan Bola Sepak, pemain terbaiknya ialah Adik Muhd Syazly Bin Abdullah dari PASTI As-Salam manakala bagi Sukan Bola Jaring pula ialah Adik Nur Farahimi Bte Rosdi.


Acara Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring telah berakhir dengan jayanya. Semoga pertandingan ini berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam kedua-dua sukan ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua PASTI kerana berjaya menghantar semua kontinjen untuk acara ini. Juga tidak ketinggalan sekalung tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada saf pelaksana program ini dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan acara ini, menyiapkan tempat dan segala fasiliti yang diperlukan. Semoga jasa dan pengorbanan kalian dikurniakan pahala oleh Allah SWT.

[rockyou id=157208018&w=426&h=320]

One Response to “Sukan Bola Sepak Bola Jaring PASTI WP 2010”

  1. abu bakar April 8, 2010 at 1:32 am #

    tahniah pasti wilayah kerana berjaya melaksanakan prgrm sukan bola sepak & bola jaring dgn jayanya.syabasssssssssss

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: