ISU BUANG BAYI – MENGAPA TIDAK KEMBALI KEPADA ISLAM?

15 Apr

Isu pembuangan bayi dilihat semakin menjadi barah di dalam Negara Malaysia. Satu demi satu kes buang bayi terus dipaparkan di dada media arus perdana. Berbagai cara dilakukan oleh Kerajaan dalam membendung gejala buang bayi ini. Kempen dan program diatur sehingga menelan belanja jutaan ringgit namun dilihat gagal kearah mencapai objektif sebenar iaitu melahirkan masyarakat yang berakhlak tinggi.

Pelbagai pendekatan baru dicari dalam menangani isu ini. Antaranya ialah kajian yang dilakukan di makmal yang dibahagikan kepada 4 bahagian kajian iaitu demokrasi, perpaduan, kos sara hidup dan pendidikan. Ada juga pihak yang menubuhkan “Kami Prihatin” semata-mata untuk menangani masalah pembuangan bayi dan gejala sosial ini.

PASTI Wilayah Persekutuan berpendapat masalah ini hanya boleh diselesaikan dengan kembali kepada Islam sepenuhnya dengan maksud melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang yang termaktub di dalam Al Quran di samping menerapkan nilai-nilai Islam sebagai satu cara hidup.

Apa yang lebih penting adalah penguatkuasaan undang-undang dan penekanan terhadap pendidikan Islam, bukan sekadar menjalankan kajian. Kita bimbang pendekatan-pendekatan baru ini akan menjadi retorik semata-mata  dan dalam masa yang sama gejala ini menjadi semakin parah.

PASTI Wilayah Persekutuan berpandangan sekiranya pendidikan Islam tidak dititikberatkan selain perlunya ketegasan oleh pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang, kajian-kajian ini pastinya akan menemui jalan buntu dan sudah pastinya wang hangus dibelanjakan dalam program yang tidak mendatangkan manfaatnya kepada rakyat.

Oleh itu, PASTI Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa segala masalah sosial yang berlaku khususnya yang melibatkan isu pembuangan bayi ini perlulah kembali kepada cara hidup Islam. Hanya Islam sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah.

Jangan hanya melihat kepada kesan atau akibat sesuatu jenayah tetapi apa yang paling penting ialah melihat kepada punca dan dan elemen pencetus . Pergaulan bebas dan zina adalah punca kepada kes buang bayi yang tidak terkawal. Justeru itu pelan penyelesaian pihak berwajib ialah menangani gejala pergaualan bebas dan zina yang kian berleluasa. Pihak-pihak berwajib perlulah mengambil langkah yang tegas dalam menutup ruang-ruang bagi pembiakan gejala sosial dan maksiat ini seperti menutup kelab-kelab malam yang kian hari kian banyak dibuka, menghalang segala jenis aktiviti mungkar yang boleh menjurus kepada maksiat seperti konsert hiburan yang keterlaluan  dan mempergiatkan lagi usaha membanteras lambakan bahan lucah dan tidak bermoral di pasaran terbuka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: