Aktiviti Penaziran PASTI WP Telah Bermula..

5 May

Aktiviti Penaziran PASTI Wilayah Persekutuan bagi sesi 2010 telah pun bermula. Ia telah bermula pada 30 April 2010 yang lalu. Aktiviti penaziran ini diketuai oleh Cikgu Mohd Yusoop Abd Hamid selaku Ketua Penaziran PASTI WP. Turut sama dalam penaziran ini ialah Ustaz Mohd Adlin Salleh selaku Pengarah PASTI, Puan Hajah Ruziah Samat, Bendahari PASTI WP dan juga Saudara Zulkarnain Borhan selaku Setiausaha Kerja.

[rockyou id=157497229&w=426&h=320]

Aktiviti Penaziran PASTI WP ini telah dimulai di PASTI-PASTI sekitar Kawasan Lembah Pantai terlebih dahulu. Antara PASTI-PASTI yang terlibat ialah PASTI An-Nur, PASTI As-Sofi, PASTI Nurul Iman, PASTI As-Salam dan PASTI Al-Furqan.

[rockyou id=157497299&w=426&h=320]

Rombongan penaziran memulakan aktivitinya dengan bersarapan pagi pada jam 8.30 pagi di sebuah restoran berdekatan Jalan Kubur. Kemudian rombongan yang diketuai oleh Cikgu Mohd Yusoop ini memulakan aktiviti penaziran pertamanya di PASTI An-Nur yang terletak di Jalan Kubur. Setelah membuat peninjauan, soal jawab dan pemantauan, rombongan penaziran PASTI WP meneruskan aktiviti penazirannya ke PASTI yang seterusnya iaitu PASTI Nurul Iman, PASTI AL-Furqan, PASTI As-Sofi dan yang terakhir ialah PASTI As-Salam.

[rockyou id=157497321&w=426&h=320]

Aktiviti penaziran ini berakhir pada jam 11.00 pagi. PASTI manakah yang akan dilawati oleh rombongan penaziran PASTI WP selepas ini…? Tunggguuuu…

[rockyou id=157497343&w=426&h=320]

One Response to “Aktiviti Penaziran PASTI WP Telah Bermula..”

  1. Rabiah Zakaria June 3, 2010 at 8:09 am #

    Pasti Ehsaniah menunggu kedatangan nazir untuk penaziran….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: