Ibuku MENIPU!!!!!

16 May

ibuku suka menipu..
benar apa yang aku katakan ini.
bahkan aku tak menyasal walau sedikit mengatakan ibuku menipu.
bukan sekali ibuku menipu.
bukan sedikit penipiuan yang dibuat ibu.
bukan ringan tipuan ibu..
bahkan aku tidak pernah menjangka akan menipu seperti ibuku.
bahkan aku juga mungkin tak mampu menipu seperti ibuku.
kenapa aku mengatakan ibuku menipu?
benarkah kata-kataku?
derhakakah aku mnegatakan begitu?
ingin sekali aku senaraikan penipuan oleh ibuku..

ketika sedikit makanan kami, ibu menyuruh kami makan…
kami makan sedikit dan simpan untuk ibu.
tapi apa kata ibu?
“makanlah semua…mak dah makan tadi.dah kenyang…”
satu penipuan yang tak mampu aku lakukan.

ketika sedang masak,tangan ibu terkena pisau.
kami melihat dan cuba mengubati tangan ibu.
tapi apakata ibu?
“sikit ja ni…mak x sakit pun”
dua penipuan yang sukar aku lakukan.

ketika kami nak tidur, bantal dan tilamnya x cukup.
ibu beri tilam dan bantal untuk kami tidur.
dimana ibu tidur?
diatas lantai berselimut kain batik..
sejuk…
tapi apa kata ibu?
“x pa aih..tidoq la atas tilam tu. mak nak tidoq bawah ni. panas atas tilam tu”
hakikatnya ibu kesejukan yang amat sangat.
ibu menipu lagi.

sewaktu ke kedai pakaian, kami dibeli pakaian baru.
ibu x pernah beli baju baru untuknya.
bahkan tudung juga hanya pemberian arwah ayah.
bila kami memakai baju baru, ibu tersenyum gembira.
“lawa anak-anak mak.”
kami tanya “mak x beli untuk mak ka?”
apa kata ibu?
“baju mak dah banyak dalam almari nu.”
hakikatnya baju ibu x pernah berganti.

banyak lagi penipuan ibu…
tapi aku kagum dengan cara ibu menipu.
x mungkin ada orang lain mampu menipu seperti ibu.
aku juga mungkin x mampu menipu seagung tipunya ibu…
sayangnya ibu kepada kami tiada taranya…

SELAMAT HARI IBU…

2 Responses to “Ibuku MENIPU!!!!!”

  1. admin May 17, 2010 at 9:19 am #

    seagung dan setulus penipuaan ibu

  2. hazbuz June 1, 2010 at 5:03 am #

    Ya, demikianlah agungnya ibu dan bapa..Tapi sering kita terlupa utk membalasi mereka. Paling tidak dengan doa dan harapan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: