Program Qiamullail PASTI WP

19 May

Pada 14 Mei 2010, Jumaat yang lepas, PASTI WP melalui Majlis Guru PASTI WP telah mengadakan perbincangan dan program qiamullail. Program ini diadakan di Pejabat PASTI Pusat, Taman Samudera, Gombak. Ia bertujuan untuk mengeratkan ukhuwwah sesama guru PASTI WP di samping membincangkan beberapa program PASTI WP yang terdekat ini.

Program ini dimulakan dengan pendaftaran oleh para guru pada jam 9 malam. Ia kemudiannya diteruskan dengan perbincangan mengenai acara sukan dan ihtifal. Kedua-dua perbincangan ini diketuai oleh Cikgu Faziah dan Cikgu Siti Khatijah selaku Ketua dan Timbalan Ketua MGP dan disertai oleh semua guru-guru PASTI WP. Selepas perbincangan dan keputusan telah dibuat, semua guru masuk ke kamar untuk merehatkan badan dan tidur.

Pada awal pagi keesokan harinya pada jam 4.30 pagi, semua guru-guru telah bangkit untuk mengikuti qiamullail. Qiamullail ini dipimpin oleh Cikgu Norizawati dari PASTI AL-Ummah dan diikuti dengan solat subuh berjemaah. Kemudian, mereka meneruskan aktiviti dengan mengikuti tazkirah subuh yang telah disampaikan oleh Ustazah Kamariah dari PASTI An-Nur.

Selepas menikmati santapn rohani melalui tazkirah Subuh, semua peserta bersiap-siap untuk pulang ke rumah masing-masing. Semoga dengan perbincangan dan diikuti dengan qiam ini, akan beroleh keberkatan dalam semua perkara yang dibincangkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: