Siri Kenali PASTI WP

31 May

PASTI Al-FURQAN

PASTI Al-Furqan telah lahir pada tahun 2007 dengan menumpang di bangunan Markaz PAS Kawasan Lembah Pantai, Kg. Pasir Dalam.

Pada hari pertama operasinya, hanya 10 orang pelajar sahaja yang mengambil manfaat daripadanya. Namun kecekalan hati seluruh warga PASTI Al-Furqan ini memungkinkan ianya terus bertahan sehingga ke hari ini meskipun bilangan pelajarnya adalah yang paling sedikit di Wilayah Persekutuan.

Pelbagai faktor kekurangan pelajar telah dikenalpasti antaranya ialah pemindahan penduduk setempat, saingan dengan tadika Islam yang sudah 15 tahun beroperasi, guru yang sering bertukar ganti dan bangunan markaz serta persekitaran yang tidak selesa.



Usaha pembaikan segera dilakukan. Masalah yang dikenalpasti cuba diatasi. Bangunan markaz telah dinaiktarafkan, persekitaran yang lebih kondusif juga diwujudkan dan guru yang lebih dedikasi juga turut diikhtiarkan.

Maka pada tahun ini iaitu tahun 2010, sesudah dilakukan projek menaiktarafkan bangunan serta kemudahan, PASTI Al-Furqan kini dikunjungi seramai 28 orang pelajar. PASTI Al-Furqan kini menyediakan 2 buah kelas iaitu kelas 5 tahun dan 6 tahun.

Demikian juga dalam sukan bolasepak PASTI WP 2010, PASTI Al-Furqan yang berganding dengan PASTI As-Sofi telah mencatat kecemerlangan dengan mendapat tempat ketiga! Tahniah dan syabas diucapkan!

Pada masa yang sama,  pengalaman dan kepakaran 2 orang otai dunia pendidikan pra sekolah; Cikgu Zainab Abu Bakar dan Cikgu Suriati Abdul Latif menjadi penambah rencah kepada kegemilangan al-Furqan. Semoga PASTI Al-Furqan akan berjaya mencapai kecemerlangan dan kegemilangan sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum pada masa akan datang. Sama-sama kita doakan.

[rockyou id=157753373&w=426&h=320]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: