Sambutan Hari Guru PASTI Pusat 2010

1 Jun

Pada Jumaat, 28 Mei 2010 yang lalu telah berlangsung Majlis Ijtima’ dan  Sambutan Hari Guru Pasti Malaysia 2010. Program yang menjadi acara tahunan PASTI Malaysia ini telah diadakan di Markaz Pas Kuala Terengganu, Terengganu. Di dalam program ini juga telah diadakan Muktamar Majlis Guru-Guru PASTI (MGP) peringkat Pusat pada keesokan harinya.

PASTI Wilayah Persekutuan tidak ketinggalan dalam mengikuti Majlis Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2010 ini. PASTI WP telah menghantar kontinjen seramai 3 orang ahli lembaga pengarah dan 10 orang guru bagi bersama-sama memeriahkan acara ini. Chef de mission kontinjen PASTI WP ialah Ustaz Mohd Adlin selaku Pengarah PASTI WP. Selain beliau, Haji Abdul Halid, Timb. Pengarah PASTI WP dan Pn Faziah Osman, Ketua MGP WP juga turut menyertai kontinjen WP ini.

Majlis Perasmian Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru 2010

Kontinjen PASTI WP ini telah bertolak ke Terengganu seawal jam 4.00 pagi hari Jumaat selepas semuanya berkumpul di PASTI Hidayah. Perjalanan dengan 3 buah kenderaan yang hebat-hebat iaitu Unser, Innova dan Estima menambahkan semangat yang berkobar-kobar untuk tiba cepat ke destinasi. Perjalanan telah berhenti sebentar untuk menunaikan fardhu Subuh di R&R Temerloh. Doa dan restu dipanjatkan ke hadrat Ilahi memohon agar perjalanan selamat pergi dan pulang. Perjalanan diteruskan lagi. Namun sekonyong-konyong, terdengar bunyi yang berkeroncong meminta diisi. Kontinjen berhenti sekali lagi, kali ini di Cherating untuk bersarapan. Setelah kenyang dan mata pun segar semula, perjalanan diteruskan semula. Akhirnya rombongan kontinjen PASTI WP telah sampai di Masjid Rusila jam 11 pagi. Alhamdulillah.. Di Masjid Rusila ini, semua kontinjen PASTI WP mendaftarkan diri. Tag nama dan nasi juga telah diberikan oleh pihak urusetia program. Berisi lagi perut ini. Di sini juga, sesi taklimat urusetia telah diberikan kepada semua kontinjen yang hadir.


Jam 12 tengahari, rombongan kontinjen PASTI WP bergerak ke tempat penginapan. Penginapan PASTI WP ialah di homestay Haji Kadir berdekatan Pasar Chabang 3, Kuala Terengganu. Para rombongan tidak melepaskan peluang untuk berehat sepuas-puasnya. Maklumlah, bertolak di awal pagi dengan perjalanan yang jauh.

Antara hadirin yang hadir semasa perasmian

Setelah masing-masing menghilangkan lelah, kontinjen PASTI WP telah pergi ke Markaz Kuala Terengganu, Kuala Ibai bagi mengikuti Majlis Perasmian Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru PASTI Pusat 2010. Program Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2010 ini telah dihadiri dari PASTI-PASTI Negeri seluruh Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh Dato’ Abu Bakar Chik selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat . Di dalam acara ini, Pn Faziah Osman telah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Paling Lama Berkhidmat di WP manakala Pn Rahayu Rajab telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI WP.

Tokoh Guru PASTI WP, Pn Rahayu Rajab dari PASTI Al-Ummah

Guru Paling Lama Berkhidmat di PASTI WP, Pn Faziah Osman dari PASTI Ar-Rasyidin

Pada sebelah malamnya pula, sesi taklimat Ko-PASTI telah diadakan. Ianya telah diadakan di tempat yang sama iaitu di Markaz Kuala Terengganu, Kuala Ibai. Selepas sesi taklimat tersebut, rombongan kontinjen PASTI WP telah ke Pantai Batu Buruk untuk bersantai-santai pada jam 11 malam. Kesempatan diambil oleh para kontinjen untuk menghirup hawa malam tepi pantai yang segar. Apatah lagi di Kuala Lumpur ini tiada pantai. Hanya yang ada Lembah Pantai sahaja. Selepas masing-masing puas, rombongan PASTI WP pun pulang ke tempat penginapan untuk beradu.

Keesokan harinya, selepas masing-masing telah bersiap, rombongan PASTI WP ke Kedai Basir, Durian Burung, Kuala Terengganu untuk menikmati sarapan pagi. Anggota rombongan tidak melepaskan peluang untuk menyantap laksam, nasi minyak dan nasi lemak Terengganu. Setelah kenyang, masing-masing pun bergerak untuk mengikuti Muktamar Majlis Guru-Guru PASTI (MGP).

Pada sebelah petangnya jam 2, rombongan kontinjen PASTI WP telah pergi bersiar-siar di Jalan Pasir Panjang. Tempat ini adalah merupakan tempat jualan kuih muih tersohor di Terengganu ini. Malahan, tempat ini pernah mendapat liputan di Astro iaitu di Asean Food Channel (703). Maka, rambang mata lah para peserta rombongan PASTI WP ini. Ada yang hampir juling kerana terlalu banyak kuih muih yang ada. Ada juga yang sampai tawaf gerai sehingga 3, 4 kali dek terlalu asyik dengan banyaknya kuih muih.

Bergambar kenangan di depan penginapan…

Hasilnya, masing-masing membimbit beg plastik yang penuh kuih muih di kedua-dua tangan. Jam 5 petang pula, mereka bersantai-santai di Pantai Tok Jembal dekat lapangan terbang Telaga Batin, Seberang Takir. Inilah masanya bagi masing-masing melepaskan lelah dek kerana membeli kuih muih tadi. Kemudian masing-masing ke gerai air buah gelas besar. Ini bertepatan dengan saiz gelasnya. Gelas besar saiz XXXXL..Besar punyaaa..!!!! Kembung perut juga la guru-guru ini minum air buah gelas besar ini.

Sebelah malamnya pula, sebahagian mereka telah pergi ke pasar malam Chabang Tiga untuk membeli belah. Fuhh, kaki shopping juga mereka ini. Namun begitu, sebahagian besar daripada kontinjen telah tinggal di tempat penginapan untuk menonton Doraemon..adeeiiii…

Pada hari yang terakhir iaitu Ahad, selepas bersarapan pagi di Restoran AZ Timur, Pulau Kambing, rombongan kontinjen PASTI WP telah pergi melawat ke Taman Tamadun Islam. Masjid pertama yang dilawati ialah Masjid Kristal. Kemudian, masing-masing pergi berjalan-jalan melihat monumen-monumen masjid bersejarah di seluruh dunia. Walaupun tidak mampu ke luar negara, namun dapat melihat di Taman Tamadun Islam ini pun jadilah. Ada juga di antara mereka yang mengambil kesempatan menaiki keretapi bersama keluarga kerana tidak larat berjalan jauh. Maklumlah, ada yang bersaiz percuma (free size!). Setelah puas melawat di Taman Tamadun Islam, rombongan telah pergi ke Pasar Besar Kedai Payang. Maka di sinilah sekali lagi gelagat guru-guru membeli sakan dapat diperhatikan. Seronok betul tengok guru-guru ini melihat kain batik!!

Bergambar lagi di depan Masjid Kristal…

Kemudian pada jam 1.30 tengahari, masing-masing kembali ke tempat penginapan untuk berkemas pulang. Ketika ini, ada juga insiden yang mencemaskan. Terdapat 2 orang guru terkurung di dalam bilik secara tiba-tiba. Ini kerana pintu telah tertutup sendiri dek kerana tiupan angin. Dengan keberanian dan kecekalan serta gagah beraninya, mereka telah keluar dahulu dengan memanjat dinding sebelum sempat bantuan tiba. Seharusnya Pingat Gagah Berani (PGB) dianugerahkan kepada mereka ini. Selepas daftar keluar dari tempat penginapan, rombongan seterusnya ke rumah Pengarah PASTI WP, Ustaz Mohd Adlin Salleh. Mereka tiba pada jam 2.45 petang. Di rumah Ustaz Adlin ini, masing-masing telah menikmati makan tengahari. Pelbagai jenis lauk pauk telah dihidangkan untuk santapan tetamu dari Kuala Lumpur ini. Ada gulai lembu, tomyam, ikan kembung 3 rasa dan bermacam-macam lagi. Sayugia, makanlah kesemua rombongan ini tanpa melihat orang sekeliling kerana lapar yang teramat sangat. Selepas perut masing-masing membusung kerana terlalu penuh makanan, maka mereka pun bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada jam 3.34 petang. Selamat tinggal Terengganu.

Pengarah PASTI WP, Ust. Adlin bersama Timb. Pengarah, Haji Abdul Halid di depan Masjid Kristal

Namun cerita ini tidak habis setakat di sini. Pada jam 6.30 petang, rombongan kontinjen PASTI WP ini telah singgah di kijal, Kemaman. Kali ini untuk membeli lemang. Kemudian, pada jam 7.30 petang pula, mereka singgah lagi di gerai keropok lekor belakang Masjid Geliga, Kemaman. Ada yang memborong keropok sehingga lebih RM 300 ringgit. Sememangnya aura kuasa membeli mereka ini terlalu kuat sehingga tidak mampu ditahan lagi. Akhir sekali barulah perjalanan dapat diteruskan lagi tanpa ada sekatan shopping.

Alhamdulillah, rombongan kontinjen PASTI WP telah selamat tiba di Kuala Lumpur pada jam 1.30 pagi. Masing-masing tersenyum puas dengan seribu kenangan yang dibawa dari Terengganu.

6 Responses to “Sambutan Hari Guru PASTI Pusat 2010”

  1. Rabiah Zakaria June 3, 2010 at 7:57 am #

    seronok betul ye dapat g terengganu….. tapi sungguh kesian kat saya yang terpaksa di tinggalkan…

  2. ummi sulaim June 5, 2010 at 6:51 pm #

    salam rombongan yang ke trengganu. alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali. hai… seronok nya gi membeli bbelah. shopping sakan guru-guru pasti wp. tahniah kepada kak faziah dan kak ayu di atas anugerah yang di perolehi. semoga semangat untuk terus berkhidmat mendidik anak23 pasti, terus subur dan berkembang . apalagi, anugerah yg ada, menjadi bukti yang segala usaha dan penat lelah selama lebih dari 15 tahun berkhidmat dengan pasti, dihargai dan inilah kemuncak kepada khidmat ini. tahniah sekali lagi. kepada pasti wp, semoga matlamat untuk mengupgreadkan pasti wp mendpt komitmen yang baik dari semua warga pasti wp, Insya-Allah.

    Akhirnya, sy mengambil kesempatan ini, utk mengucapkan selamat pengantin baru kepada cikgu karim dan sdr zul, yang bakal bergelar seorang suami, dalm jangkamasa terdekat. ( cikgu karim dah bergelar suami, pd saat ini) semoga, menjadi suami penyayang, yang membimbing dan melindungi isteri dlm apa jua situasi. tk.

  3. Rahman Al-banjari June 7, 2010 at 3:16 pm #

    Wuuuuh…. goreng habis eh….
    Tak pe…pasti tersenyum lebar guru-guru pasti yang gi trengganu kite.

  4. Abu Ammar June 8, 2010 at 6:21 pm #

    Jealousnya…..kalau dapat join…..seronok ni……

    Terus Maju PASTI WP

  5. kakde June 16, 2010 at 4:22 pm #

    salam..terimakasih yang tak terhingga buat pengarah pasti wp yg begitu ‘sporting’,melayan kerenah guru-guru.Maklumlah balik kg sendiri hepi la..

  6. pengarah pasti wp July 7, 2010 at 6:10 am #

    Salam

    Abu Ammar, bila nak balik…?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: