Siri Kenali PASTI WP

25 Jun

PASTI AN-NUR

PASTI An-Nur merupakan satu-satunya PASTI di Wilayah Persekutuan ini yang menjalankan operasinya di surau. PASTI An-Nur ini bertempat di Surau Al-Ikhlas, Jalan Kubur, Pantai Dalam, Lembah Pantai. Usia PASTI An-Nur kini sudah menjangkau lebih daripada 10 tahun. Pada peringkat awal penubuhannya, ia terletak di bangunan Surau Flat UDA, Pantai Bharu sebelum dipindahkan ke tempat yang ada sekarang. Kini ia diuruskan secara langsung oleh Lujnah Pendidikan PAS Lembah Pantai dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai.

KEJAYAAN

Beberapa tahun kebelakangan ini, PASTI An-Nur terkenal dalam kecemerlangannya dalam bidang sukan. Antara kejayaan-kejayaan yang pernah dikecapi oleh PASTI An-Nur ini ialah menjadi Juara peringkat Wilayah Persekutuan dalam pertandingan bola jaring pada tahn 2009, mendapat Naib Juara peringkat Wilayah Persekutuan pada tahun 2009 dalam bola sepak dan menjadi Juara dalam Sukan Tahunan Wilayah Persekutuan pada tahun 2007.

PERKHIDMATAN

Tahun 2010 menyaksikan kehadiran seramai 37 orang pelajar. PASTI An-Nur menyediakan 3 buah kelas iaitu kelas 4, 5 dan 6 tahun. Terdapat 2 orang guru sepenuh masa yang berdedikasi dan komited dengan tugasan iaitu Cikgu Samsiah Bebakar (4 & 5 tahun) dan Ustazah Kamariah Ismail (6 tahun).

Selain itu, PASTI An-Nur juga menganjurkan aktiviti-aktiviti luar kelas untuk para pelajarnya. Antara aktiviti-aktiviti yang pernah dianjurkan ialah lawatan ke Zoo Negara, Rumah 4 Musim & Kilang Coklat, Sambutan Ihtifal dan lain-lain.

Diharapkan An-Nur terus maju dan istiqamah menyumbang khidmat untuk anak-anak setempat.

[rockyou id=157962755&w=426&h=320]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: