Kontinjen PASTI WP di Sukan Bola Sepak Bola Jaring Malaysia

1 Jul

Pada Sabtu 26 Jun 2010 bersamaan 13 Rejab 1431H, pasukan PASTI WP telah berangkat ke Pulau Pinang untuk menyahut cabaran ke Pertandingan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Malaysia 2010 di Kompleks Sukan Seberang Perai, Pulau Pinang anjuran Jabatan PASTI Malaysia. Kontinjen PASTI WP ini adalah seramai 40 orang diketuai oleh Sdr. Haris selaku ketua kontinjen. Antara mereka yang terlibat bersama-sama mengikuti kontinjen ini ialah Ust Mohd Adlin Salleh selaku Pengarah PASTI WP, Pn Faziah Osman selaku Ketua MGP PASTI WP, beberapa orang guru dan para ibu bapa.

Kontinjen PASTI WP ini telah bertolak jam 8.30 pagi. Ia telah dilepaskan secara rasminya dengan berdoa kepada Allah oleh Pengarah PASTI WP, Ust Mohd Adlin Salleh di hadapan Masjid Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Pantai Dalam. Semoga perjalanan mendapat kebaikan, terpelihara dari perkara yang tidak diingini serta selamat perjalanan pergi dan pulang.


Jam 2.00 petang, rombongan kontinjen PASTI WP merentasi Jambatan Panjang Pulau Mutiara. Tanpa tidak disangka-sangka, akhirnya bas telah berhenti di Restoran Yasmeen Nasi Kandar. Maka kontinjen PASTI WP telah mengisi perut mereka pada tengahari itu di restoran ini. Selepas masing-masing kenyang, rombongan kontinjen meneruskan perjalanan ke tempat pendaftaran peserta.

Selepas mendaftar para peserta, kontinjen PASTI WP telah berangkat ke tempat penginapan. Kontinjen PASTI WP telah ditempatkan di Kompleks PAS dan PASTI Padang Menora, Kelapa Batas. Maka seluruh kontinjen PASTI WP telah mengambil peluang pada malam tersebut untuk berehat secukupnya setelah mengharungi perjalanan yang jauh pada siang hari dan juga bagi menghadapi perlawanan pada keesokan harinya.

Keesokan harinya, Ahad 27 Jun 2010, para kontinjen PASTI WP telah bangun seawal jam 5 pagi bagi bersiap-siap dan solat subuh. Kemudian, jam 6.30 pagi, kesemua kontinjen PASTI WP telah bertolak ke Kompleks Sukan Bertam, Seberang Perai untuk menghadapi perlawanan.

Perlawanan pertama pasukan bola sepak PASTI WP adalah menentang pasukan Pulau Pinang. Dalam perlawanan ini, pasukan WP telah kalah sebanyak 0 – 1 hasil tendangan penalti kerana bola terkena tangan salah seorang pemain WP. Perlawanan kedua pula menentang pasukan Negeri Sembilan. Pada perlawanan ini, pasukan bola sepak PASTI WP juga telah kalah sebanyak 0 – 2. Gol-gol Negeri Sembilan pula dihasilkan melalui tendangan sudut yang terus masuk dan juga tendangan penalti. Pada perlawanan ketiga pula, pasukan PASTI WP telah mencatatkan keputusan seri dengan pasukan Perak iaitu 1 – 1.

Walaupun pasukan PASTI Wilayah Persekutuan masih  belum mendapat mencatat rekod tiga tangga teratas dalam Pesta Sukan Bola Sepak Bola Jaring yang sudah masuk tahun ke 6 ini, namun PASTI WP tidak akan berputus asa. Satu formula yang berkesan akan dicapai untuk menempa kejayaan yang cemerlang pada tahun hadapan yang akan diadakan di Negeri Terengganu, Insya Allah.

Kontinjen PASTI WP telah bertolak pulang dari Pulau Mutiara kira-kira jam 4.00 petang. Dengan kekecewaan di hati, rombongan kontinjen PASTI WP hanya berhenti untuk solat Asar, makan di Hentian Semanggol dan solat maghrib sahaja. Akhirnya, jam 10.30 malam, pasukan PASTI WP telah selamat tiba ke destinasi pulang, Alhamdulillah.

Sepanjang perjalanan pulang, setuasi di dalam bas agak sunyi kerana masing-masing telah keletihan di samping mengimbau peristiwa-peristiwa yang  berlaku sepanjang dua hari ini. Bintang-bintang kecil pasukan PASTI WP ini juga kebanyakannya tidak ikut sama kerana kebanyakannya pulang bersama ibubapa masing-masing.

[rockyou id=158005853&w=426&h=320]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: