Mesyuarat PASTI Wilayah Persekutuan Bulan Julai 2010

7 Jul

Titiwangsa, 4 Julai – PASTI Wilayah Persekutuan telah mengadakan Mesyuarat Bulanannya bagi bulan Julai 2010. Mesyuarat bulanan PASTI Wilayah Persekutuan ini telah diadakan di PASTI Hidayah, Jalan Gurney. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pengarah PASTI WP, Ust Mohd Adlin Salleh, para Ahli Lembaga Pengarah PASTi WP, Pengurus-Pengurus PASTI dan semua guru-guru PASTI WP.

Mesyuarat telah dimulakan pada jam 10 pagi. Pelbagai agenda dan isu telah dibincangkan bersama di dalam mesyuarat bulanan ini. Walaupun hujan lebat melanda namun ianya tidak menjejaskan semangat juang para hadirin untuk bermesyuarat dan berbincang demi menghasilkan satu keputusan yang jitu dan dipersetujui ramai. Antara agenda yang turut sama dibincangkan ialah berkenaan post mortem Sukan PASTI Malaysia baru-baru ini dan Sukan Tahunan PASTI WP yang akan diadakan pada 25 Julai 2010 ini. Selain itu, turut diadakan ialah penyampaian hadiah kepada 2 orang warga PASTI WP yang telah berwalimah pada bulan Jun yang lepas.

Mesyuarat PASTI Wilayah Persekutuan ini telah berakhir pada jam 1.30 tengahari. Jamuan makan tengahari turut dihidangkan untuk para hadirin mesyuarat.

2 Responses to “Mesyuarat PASTI Wilayah Persekutuan Bulan Julai 2010”

  1. Hassanal July 11, 2010 at 11:02 am #

    Alhamdulillah. Nampaknya semua okay…lancar….boleh ana berundur kot…..

  2. pengarah pasti wp July 15, 2010 at 5:32 am #

    Kami menunggu kepulangan SU….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: