Penaziran PASTI Wilayah Persekutuan di Wangsa Maju

7 Jul

Wangsa Maju, 6 Julai – Unit Penaziran PASTI Wilayah Persekutuan telah meneruskan aktiviti penazirannya di peringkat PASTI Wilayah Persekutuan. Aktiviti penaziran PASTI Wilayah Persekutuan ini telah diketuai oleh Cikgu Yusoop selaku ketua unit. Turut sama menganggotai penaziran ini ialah Puan Ruziah Samat, Puan Shamilla Said dan Zulkarnain Borhan.

Penaziran minggu ini adalah tertumpu pada PASTI-PASTI sekitar Wangsa Maju. Terdapat 2 buah PASTI di Wangsa Maju ini iaitu PASTI Al-Hilmi dan PASTI Ibn Khaldun. Anggota penaziran telah berkumpul seawal jam 9.30 pagi di PASTI Hidayah. Kemudian, masing-masing telah bergerak ke PASTI Al-Hilmi dahulu dengan menaiki sebuah kereta kepunyaan Puan Shamilla Said. Terdapat 2 jenis penaziran yang akan dibuat iaitu penaziran 3K (Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan) dan P&P (Pengajaran dan Pembelajaran)


Setibanya di PASTI Al-Hilmi, para anggota penaziran PASTI WP telah disambut oleh Cikgu Mashitah. Pelbagai aktiviti penaziran telah dibuat antaranya ialah mengambil gambar, soal selidik, dan juga pemantauan. Penaziran ini lebih kepada melihat suasana dan kondisi PASTI-PASTI. Selain itu, ia juga meliputi soal keceriaan sesebuah PASTI dan juga faktor-faktor keselamatan di dalam PASTI tersebut.

Setelah selesai tugasan di PASTI Al-Hilmi, anggota penaziran PASTI WP telah bergerak menuju ke sebuah lagi PASTI yang terdapat di kawasan Wangsa Maju ini iaitu PASTI Ibn Khaldun. PASTI Ibn Khaldun ini baru sahaja beroperasi seawal Januari 2010. Mekanisme yang sama di PASTI Al-Hilmi turut dipraktikkan oleh anggota penaziran terhadap PASTI Ibn Khaldun. Namun begitu, tidak ramai murid yang ada di PASTI Ibn Khaldun ketika penaziran kerana terlibat dalam latihan sukan. Namun begitu, sesi soal selidik telah berjaya dilakukan melalui Cikgu Nur Fadzliana selaku guru PASTI Ibn Khaldun.

Selesai semua tugasan di PASTI Ibn Khaldun, maka berakhirlah sesi penaziran PASTI WP pada minggu ini. Anggota penaziran telah singgah sebentar di restoran Jalan Semarak bagi menikmati mee rebus sebagai tanda berakhirnya program hari tersebut.

One Response to “Penaziran PASTI Wilayah Persekutuan di Wangsa Maju”

  1. pengarah pasti wp July 8, 2010 at 5:10 am #

    Tahniah kepada team penaziran PASTI WP…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: