Temasya Sukan PASTI Kawasan Titiwangsa

13 Jul

Taman Maluri, 11 Julai – PAS Kawasan Titiwangsa baru-baru ini telah menganjurkan temasya sukaneka PASTI bagi peringkat Kawasan Titiwangsa. Temasya ini telah berlangsungkan di Padang Awam Taman Maluri, Taman Maluri. Sebanyak 3 buah PASTI yang berada di dalam kawasan Parlimen Titiwangsa telah mengambil bahagian. PASTI-PASTI tersebut ialah PASTI Al-Ummah, PASTI Al-Hidayah dan PASTI Ibn Khaldun. Program anjuran Dewan Pemuda PAS Titiwangsa bersama guru-guru PASTI Titiwangsa ini telah bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada kira-kira pukul 12.30 tengahari. Temasya ini juga telah dirasmikan oleh Pengarah PASTI Wilayah Persekutuan, Ust Mohd Adlin Salleh.

Acara sukan telah bermula

Antara hadirin yang turut hadir…

Sebanyak 10 acara telah dipertandingkan. Di antaranya ialah menjunjung pundi kacang di atas kepala, mencari gula-gula di dalam tepung dan mengasingkan bola berwarna serta banyak lagi. Turut diadakan juga ialah acara untuk para ibu bapa. Bagi kaum ibu, terdapat 3 acara telah dipertandingkan iaitu mengupas kulit kentang, acara mengasingkan rempah ratus mengikut jenis dan pertandingan memasukkan benang dalam jarum. Bagi para bapa, acara menimbang bola dan lumba lari berganti-ganti telah dipertandingkan. Temasya ini telah berlangsung dengan meriahnya. Seramai lebih kurang 100 orang ibu bapa telah turut bersama-sama memeriahkan temasya ini.

YDP PAS Kawasan Titiwangsa, Ust Abdullah Abd Wahab (kanan sekali) sudi menyampaikan hadiah

Timbalan Pengarah PASTI WP,Haji Abdul Halid turut sama menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Turut kelihatan Sdr. Suhaimi, Ketua Dewan Pemuda PAS Titiwangsa (berkopiah di sebelah kiri) dan Cikgu Yusoop Abdul Hamid, Ketua Penaziran PASTI WP (berkopiah sebelah kanan)

Di penghujung temasya ini, YDP PAS Kawasan Titiwangsa Ust Abdullah Abd Wahab telah sudi hadir bagi menyampaikan ucapan penutup dan sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Timbalan Pengarah Pasti Wilayah Persekutuan, Sdr Abdul Halid Basir juga telah hadir untuk upacara penyampaian hadiah. Pasti Al-Ummah telah muncul sebagai juara keseluruhan. Syabas kepada semua kerana berjaya menganjurkan temasya sukaneka PASTI Kawasan Titiwangsa ini. Insya Allah, kita akan berjumpa pula di Temasya Sukan PASTI peringkat Wilayah Persekutuan pada 25 Julai 2010 di Bandar Tun Razak.

4 Responses to “Temasya Sukan PASTI Kawasan Titiwangsa”

  1. hasrul July 13, 2010 at 3:09 pm #

    salam teruskan mendidik dan membina generasi islam

  2. ummi sulaim July 14, 2010 at 5:46 pm #

    tahniah pd pasti kaw ttwgsa… alhamdulillah, semuanya brjln lncr… plk… knp acara bapa guna trek budak.

  3. ummi sulaim July 14, 2010 at 5:48 pm #

    trdpt bbrp pembetulan yang prlu di buat. acara ibu ada tiga, termasuk masuk benang dalm jarum. pemenang ksluruhan, adalah Pasti Al- Ummah. marah… cikgu2 al- ummah nnti.

  4. pemudawilayah July 15, 2010 at 2:29 am #

    Minta maaf banyak-banyak kak..Nanti akan diperbetulkan. Segala kesilapan amat dikesalkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: