Kursus Asas Guru Siri 2 PASTI WP

19 Jul

19 Julai, Kg PandanKursus Asas Guru Siri 2 telah dianjurkan oleh PASTI Wilayah Persekutuan dengan kerjasama SRA SRI Al- Ummah. Kursus Asas Guru ini telah diadakan di Dewan SRA SRI Al-Ummah, Kg Pandan pada 18 Julai 2010. Kursus ini bertujuan untuk memberikan latihan dan bengkel kepada guru-guru PASTI WP berkenaan asas-asas yang perlu bagi seorang guru.

Kursus Asas Guru Siri 2 ini telah dihadiri oleh guru-guru PASTI Wilayah Persekutuan dan juga guru-guru SRA SRI Al-Ummah. Seramai lebih 30 orang guru telah menghadiri kursus ini. Kursus ini telah dimulai dengan proses pendaftaran para guru yang bermula jam 8.30 pagi. Setelah itu, taklimat kursus telah diberikan oleh Pengarah Kursus Asas ini iaitu Cikgu Karim selaku Ketua Unit Latihan PASTI Wilayah Persekutuan. Kursus diteruskan lagi dengan sesi motivasi pagi. Motivasi Pagi ini telah diberikan oleh Sdr. Kamaruzaman Mohamad. Di dalam motivasi ini, Sdr. Kamaruzaman telah memberikan semangat kepada guru-guru dalam meneruskan kerjaya mendidik anak-anak PASTI. Selain itu, beliau juga mengingatkan kepada semua guru supaya terlibat di dalam jemaah Islam di samping terlibat di dalam kerjaya guru. Selepas sejam diberikan suntikan semangat pagi, kursus asas ini telah berhenti berehat seketika bagi menikmati jamuan ringan.


Tepat jam 10.30 pagi, kursus diteruskan lagi dengan slot Ceramah Pengajaran & Pembelajaran (P&P) dan Ceramah Alat Bantu Mengajar selama sejam. Slot ceramah ini telah diberikan oleh Puan Rozana Binti Md Razi . Di dalam slot ceramah ini, beliau telah memberikan kaedah-kaedah pengajaran di dalam kelas untuk rujukan para guru. Kemudian ia disambung pula dengan slot Ceramah K4T. Slot ini pula telah diberikan oleh Puan Noryati Binti Jamari.

Kursus ini telah diakhiri dengan ucapan penutup dan penyampaian sijil kepada para peserta oleh Pengarah PASTI WP, Ustaz Mohd Adlin Salleh. Setelah itu, pada jam 1.30 tengahari, para guru dan jemputan bersama-sama menikmati jamuan makan tengahari yang telah disediakan oleh Cikgu Masitah dari PASTI Al-Hilmi.

[rockyou id=158143914&w=426&h=320]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: