Program “Mutiara Minda” bersama Wardina dan PASTI As-Sofi

22 Jul


Tanggal 17 Julai 2010 yang lalu ,pada jam 12.00 tengahari, Pasti As-Sofi yang juga mewakili Pasti Wilayah Persekutuan telah dijemput ke MPH, Mid Valley untuk bersama di dalam slot “Mutiara Minda’. Turu tbersama di dalam slot ini ialah selebriti terkenal iaitu Wardina Saffiyah. Pemergian PASTI As-Sofi adalah di atas jemputan pihak penerbitan buku terkenal iaitu ‘Telaga Biru Sdn Bhd’, bagi mempromosikan buku Siapa Alien, hasil karya Pn Wardina Saffiyah.

Pasti As-Sofi telah dipilih oleh Syarikat ‘Telaga Biru’, sebagai mewakili Pasti Wilayah Persekutuan adalah kerana lokasinya yang agak hampir dengan Mid Valley. Ini bagi memudahkan para pelajar dan guru pengiring untuk datang dan juga bagi memudahkan pihak pengurusan. Seramai 30 orang murid diiringi 3 orang guru telah hadir ke sana. Ibu bapa para pelajar juga tidak ketinggalan untuk turut serta di dalam majlis tersebut bagi melihat telatah anak-anak mereka.


‘Setibanya di Mid Valley, PASTI As-Sofi telah disambut oleh pegawai MPH. Kemudian pegawai dari Telaga Biru iaitu Encik Faruq dan Encik Sani membuat sesi perkenalan dengan para pelajar dan diikuti dengan bacaan doa oleh pelajar PASTI As-Sofi sendiri. Tepat jam 12.00 tengahari, Puan Wardina Safiyyah tiba dan memulakan bercerita. Di dalam majlis tersebut, Pn Wardina telah bercerita kepada para pelajar dengan cerita ’Siapa Alien’. Seronok bukan kepalang para pelajar mendengar celoteh dari Pn Wardina. Selesai sesi bercerita para pelajar diuji dengan soalan-soalan kuiz. Pelbagai jawapan yang telah diberi.Namun apa yang pasti, tindak balas pelajar-pelajar PASTI As-Sofi sungguh memberangsangkan.

Sebelum majlis berakhir, Cikgu Noni dari Pasti As-Sofi, selaku wakil Pasti Wilayah Persekutuan, telah dijemput untuk memberi sedikit ucapan. Ini diikuti dengan Ustaz Muhammad Zakaria, dari ‘Telaga Biru’ bagi memberi sedikit ucapan penutup majlis. Selesai sesi berucap, sesi penyampaian cenderahati kepada para pelajar turut diadakan. Gembira bukan kepalang lagi para pelajar PASTI-As-Sofi ini mendapt hadiah. Kemudian sesi bergambar beramai-ramai diadakan. Ini diikuti dengan bacaan tasbih kafarah oleh pelajar-pelajar PASTI As-Sofi sendiri

Selesai sesi bergambar,dan jamuan ringan, para pelajar dan guru-guru pun bersurai. Sesungguhnya program seperti ini telah meninggalkan kesan yang mendalam di dalam jiwa para pelajar dan guru-guru kerana ianya dapat menambahkan ilmu dan pengalaman baru

[rockyou id=158149544&w=426&h=320]

One Response to “Program “Mutiara Minda” bersama Wardina dan PASTI As-Sofi”

  1. adlin July 30, 2010 at 11:58 pm #

    Alhamdulillah. Sejuk hati baca berita ni. Tahniah Pasti al-Sofi dan PASTI WP. Ternyata anak-anak PASTI cukup excellence!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: