Temasya Sukan Tahunan PASTI WP Kali Ke 21

30 Jul

25 Julai, Bandar Tun Razak – PASTI Wilayah Persekutuan telah mengadakan acara Temasya Sukan Tahunan PASTI 2010 bagi kali yang ke 21. Temasya Sukan pada kali ini telah diadakan di Stadium Mini Seri Permaisuri, Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak. Pada tahun ini, temasya sukan PASTI WP ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan. Pada tahun ini, acara sukan agak meriah kerana sebanyak 18 buah PASTI yang menyertai acara. Berlaku penambahan penyertaan PASTI berbanding pada tahun lalu. Pada tahun ini juga, acara Temasya Sukan Tahunan PASTI WP Kali Ke 21 ini telah dianjurkan oleh PASTI WP dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak.


Para ibu bapa dan hadirin telah hadir seawal jam 8 pagi bagi mengikuti acara ini. Malahan ada juga ibu bapa yang sanggup menghantar anak-anak mereka dan ada juga yang mengikuti rombongan PASTI masing-masing untuk ke tempat acara. Tepat jam 9.00 pagi, perasmi acara iaitu Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad selaku Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan telah tiba. Selepas mengambil tempat masing-masing, acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Cikgu Karim selaku Pengerusi Majlis pada acara ini. Kemudian, acara perbarisan masuk kontinjen-kontinjen sukan pun bermula. Pelbagai aksi dan ragam para kontinjen dapat dilihat. Terdapat juga PASTI-PASTI yang mempunyai maskot untuk dipersembahkan di dalam acara perbarisan. Sungguh cantik dan berwarna-warni setiap kontinjen yang menyertai perbarisan ini. Selepas selesai ke semua kontinjen mengadakan acara masuk perbarisan, bacaan doa dan ikrar sukan dibacakan. Doa telah dibacakan oleh Adik Amal Khalisah Bte Shamsul Bahrin sambil diiringi oleh Adik Mohd Harith Bin Mohd Kadafi. Ikrar sukan pula dibacakan dengan penuh semangat oleh Adik Rosyaadah Bte Rusdin. Kesemua pelajar-pelajar ini adalah dari PASTI Aulad. Habis sahaja membaca ikrar, kesemua pelajar menyanyikan lagu PASTI secara beramai-ramai.

Acara diteruskan lagi dengan ucapan ringkas daripada Pengarah PASTI WP, Ustaz Mohd Adlin Salleh. Seterusnya ucapan perasmian Temasya ukan Tahunan PASTI Kali Ke 21 oleh Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan. Di dalam ucapannya, beliau telah memuji PASTI WP kerana telah berjaya menganjurkan acara sukan ini dan juga telah memuji semua anak-anak PASTI yang telah turut sama menyertai acara sukan ini. Selesai ucapan perasmian, acara gimik perasmian telah diadakan. Di dalam gimik ini, Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad telah memotong tali belon sebagai gimik perasmian.

Selepas gimik perasmian, perbarisan keluar kontinjen pun bermula bagi meneruskan pertandingan yang akan berlangsung tidak lama selepas itu. Selesai sahaja semua kontinjen keluar baris masuk ke khemah masing-masing, acara sukan yang ditunggu-tunggu pun bermula. Sebanyak 10 cara telah dipertandingkan. Acara-acara tersebut ialah menyusun huruf vokal, memasukkan bola dalam bakul, memasukkan gelung dalam badan, membina kota tin, membaling pundi kacang, larian obor, mengisi air dalam botol, meniup belon, melambung dan menyambut bola dan lari membawa baton. Acara yang bermula jam 10 pagi ini bermula dengan begitu meriah sekali. Bukan sahaja kelihatan para guru yang bersorak untuk pelajar-pelajar mereka, malahan para ibu bapa juga turut sama memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka yang menyertai acara ini. Terima kasih kepada Unit Amal WP dan juga urusetia daripada Pemuda PAS BTR yang bersama-sama mengawal situasi. Turut tidak ketinggalan juga adalah acara untuk para ibu bapa. Acara ini diadakan selesai sahaja acara untuk para pelajar ini tamat. Acara yang dipertandingkan adalah acara melambung kasih. Acara ini dipertandingkan secara berpasangan di antara ibu dan bapa atau anak dan ibu/bapa.

Di akhir acara ialah ucapan penutup. Ucapan penutup ini telah disampaikan oleh Sdr. Herman Samsudeen selaku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Kemudian ia diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang iaitu pemenang setiap acara dan juga pemenang keseluruhan. Pada tahun 2010 ini, juara bagi Temasya Sukan Tahunan PASTI Wilayah Persekutuan 2010 Kali Ke 21 ini telah disandang oleh PASTI Nurul Iman. PASTI Nurul Iman telah berjaya mengalahkan juara tahun lepas iaitu PASTI Ar-Rasyidin yang hanya menduduki tempat kedua. Manakala tempat ketiga disandang oleh PASTI Al-Ummah. Turut dipertandingkan juga adalah pertandingan perbarisan. Juara perbarisan bagi temasya sukan kali ini ialah PASTI Ar-Raudhah. Tempat kedua ialah PASTI Al-Hilmi dan ketiga ialah PASTI Al-Aulad.

Temasya Sukan Tahunan PASTI 2010 Kali Ke 21 ini telah melabuhkan tirainya pada jam 1.00 tengahari. Terpancar kepuasan dan kegembiraan yang amat sangat di muka para peserta dan guru-guru serta ibu bapa. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua saf PASTI WP dan Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak di atas kejayaan menganjurkan Temasya Sukan Tahunan PASTI WP Kali Ke 21 ini. Tidak dilupakan juga PAS Kawasan Bandar Tun Razak, Nisa’ WP, Unit Amal WP, seluruh PASTI WP, pihak pengurusan Stadium Mini Seri Permaisuri, para ibu bapa dan seluruh individu yang turut sama menjayakan Temasya Sukan Tahunan PASTI WP Kali Ke 21 ini samada secara langsung ataupun tidak langsung. Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan sekali lagi.

One Response to “Temasya Sukan Tahunan PASTI WP Kali Ke 21”

  1. rahman July 30, 2010 at 11:37 am #

    Salam. Boleh tlg siarkan gambar-gambar perbarisan dll. tk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: