Kebajikan PASTI – Bantuan anda diperlukan

4 Oct

Pasti Wilayah Persekutuan telah menubuhkan lajnah Kebajikan yang mana antara tugas utama lajnah ini  ialah memikirkan cara untuk menjaga kebajikan guru-guru dan para petugas yang terlibat dengan pasti.  Kebanyakan dari guru-guru pasti menerima gaji yang tidak begitu lumayan jika dibandingkan dengan pasaran diluar. Ini disebabkan Pasti beroperasi diantara kebajikan dan bisnes bernaung dibawah Parti PAS.  Pasti tidak boleh meletakkan yuran yang terlampau tinggi yang menyebabkan ia lari dari konsep kebajikan yang diguna pakai oleh PAS.  Pasti juga tidak boleh mengenakan yuran yang terlampau rendah yang menyebabkan ia sukar untuk menampung kos operasi harian, tambahan pula kita berada di kota Kuala Lumpur yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Sewa premis di Kuala Lumpur sahaja sudah begitu tinggi dibandingkan dengan tempat-tempat lain.

Ahli lembaga pengarah Pasti Wilayah pula tidak menerima apa-apa imbuhan diatas kerja-kerja yang dilakukan kecuali Setiausaha Kerja yang dibayar gaji. Kebanyakan ALP bertugas atas dasar sukarela sebagai satu sumbangan kepada agama dalam bidang pendidikan. 

Lajnah Kebajikan telah membuka akaun dan berusaha untuk mengumpul dana demi untuk sedikit sebanyak membantu guru dan ALP apabila berlaku musibah seperti kemalangan, kebakaran, kematian, sakit dan sebagainya. Kebajikan juga akan membuat sumbangan dan tumpang gembira apabila guru-guru dan ALP mendapat kegembiraan seperti perkahwinan, mendapat cahaya mata dan sebagainya. Dan jikalau ada kemampuan, perkara yang seumpama diatas boleh dipanjangkan kepada semua pelajar-pelajar pasti yang berada di Wilayah ini.

Kepada para pembaca dermawan yang membaca blog ini, yang sudi membantu kami menjaga kebajikan guru-guru dan ALP, boleh menderma kepada tabung akaun pasti seperti di bawah :

Bank Islam

Nombor akaun       : 14032010086872

Nama                            : TETUAN UNIT KEBAJIKAN PASTI WP

 

Kepada yang sudi menghulurkan derma, kepada ALLAH kami bermohon agar anda dilimpahkan dan dimudahkan rezeki. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan.

Terima Kasih.

Abdul Halid Basir

Ketua Lajnah Kebajikan Pasti WP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: