9 Oktober 2010, Pasti Hidayah, Keramat. Dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan dengan kerjasama PASTI Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis sambutan Hari Raya khusus buat warga kerja Dewan pemuda dan Pasti dengan keluarga masing-masing. Semua guru-guru, pekerja-pekerja yang terlibat dengan PASTI dan Ahli Lembaga Pengarah Pasti WP bersama keluarga dan telah diraikan pada majlis tersebut. Program bermula pada pukul 10 pagi.
Ketua Dewan Pemuda PAS WP, Sdr Herman Samsudin telah hadir bersama keluarga, menyampaikan ucapan dan merasmikan program. Turut hadir memeriahkan majlis dan menyampaikan duit raya kepada anak-anak ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Majlis telah berlansung dengan meriah sekali dengan pelbagai juadah yang disediakan. Semoga program seumpama ini akan dapat merapatkan lagi ukhwah sesama warga kerja PASTI. Mudah-mudahan PASTI WP akan terus maju dan cemerlang dimasa-masa yang akan datang.
Selamat Datang…..
KP Wilayah, Sdr Herman merasmikan majlis
KP dan Pengarah Pasti memotong kek tanda rasmi
Ketua dan Timbalan MGP memotong kek
Ustaz Idris bagi angpaw kepada anak-anak
ALP menyambut tetamu
Leave a Reply