Ziarah Labuan

1 Nov

Pada Sabtu 30/10/10 yang lalu, ALP Pasti Wilayah yang diketuai oleh Ketua Pengarah, Ustaz Mohd Adlin Salleh telah berangkat ke Labuan dalam rangka kerja usaha untuk mengujudkan pasti di Labuan. Rombongan terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah, S/U Kerja, Bendahari, Ketua Unit Penaziran, Ketua Unit Kaffah, Ketua MGP dan  S/U MGP. Kami bertolak dari LCCT Sepang pada pukul 7:50 pagi dan sampai di Labuan Airport pada pukul 10:20 pagi. Rombongan kami telah disambut oleh pemuda dan Muslimat PAS Labuan yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Labuan, sdr Megat Saiful.

Kami telah dibawa melawat markas PAS Labuan di Taman Batu Arang yang bakal dijadikan premis Pasti nanti. Kami juga dibawa ke satu lagi kediaman di Taman Permata yang mungkin akan dijadikan Pasti kedua.

Setelah solat (waktu Labuan 1 jam awal dari waktu KL) kami telah dibawa kerumah sdr Megat untuk sessi makan tengahari, perkenalan dan bertukar-tukar maklumat. Kami telah diterangkan keadaan politik dan suasana di Labuan, masalah-masalah dan penerimaan orang-orang Labuan terhadap islam.

Pada sebelah petang kami telah dibawa membeli belah di bandar Labuan. Mutiara, baju dan coklat dengan harga murah disebabkan Labuan ialah Pulau bebas cukai.

Pada sebelah malam nya kami telah membuat taklimat dan bertukar-tukar fikiran dan pengalaman tentang misi utama kedatangan kami iaitu menubuhkan pasti di Labuan. YDP Labuan, Hj Hamid dan rombongan dari AJK Pemuda, Muslimat dan Pas Labuan telah hadir untuk sama-sama berkongsi maklumat untuk memastikan keujudan Pasti di sini. Mudahan-mudahan hasrat ini akan dapat dicapai pada tahun ini.

Pada keesokan paginya, kami telah dibawa meronda di sekeliling Labuan sebelum bertolak balik ke KL. Peace Park dan Surrender Point antara tempat yang disinggahi.

Kami bertolak balik dalam pukul 10:30 pagi dan sampai di LCCT Sepang pada pukul 1:00 tengahari.  

Terima kasih diucapkan kepada PAS Labuan terutamanya Sdr Megat dan Sdr Azlan atas layanan mereka yang sungguh baik sekali. Rasa tak puas berada disini selama dua hari. InsyaAllah dipanjangkan umur, ada rezeki kita berjumpa lagi.

Markas Pas Labuan di Taman Batu Arang

Taklimat dari ketua pemuda Labuan, Sdr Megat

Sesi bertukar-tukar maklumat

Ustaz Adlin menyampaikan dokumen penting kepada YDP Labuan

bersama YDP, AJK kawasan dan Pemuda

Bersama muslimat kawasan dan adik-adik Nisa’

Di airport. Cenderahati dari Pemuda. Selamat tinggal semua. Semoga jumpa lagi.

One Response to “Ziarah Labuan”

  1. ummu sulaim November 2, 2010 at 11:08 am #

    tahniah di atas bertapaknya pasti di wp labuan. semuga ia menjadi titik tolak pertumbuhan pasti di labuan. tahniah juga kepada alp wp bakal menerima anak baru di sabah dan putrajaya. semoga pasti wp akan terus berkembang maju dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa. Allahu akbar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: