Ihtifal Pasti WP 2010

10 Nov

Ihtifal Pasti Wilayah persekutuan 2010

Tarikh    : 14 November 2010 / 7 Zulhijjah 1431

Tempat  : Dewan Masjid Saidina Umar Al-Khattab

                        Jalan Setia Budi, Bukit Damansara

 Pasti Wilayah Persekutuan akan mengadakan majlis Ihtifal,  penyampaian hadiah dan sijil tamat persekolahan kepada pelajar-pelajar 6 tahun pada Ahad 14 November 2010. Majlis akan diadakan di Dewan Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara. Ustazah Nuridah Saleh, Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat dan Wilayah Persekutuan telah sudi untuk hadir merasmikan majlis tersebut.

 Ustazah Nuridah Saleh

 

Semua Ibubapa pelajar-pelajar dan guru-guru pasti adalah dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Majlis akan bermula pukul 8:00 pagi. Pelajar-pelajar 5 dan 6 tahun yang mendapat tempat pertama hingga ketiga tiap-tiap pasti akan menerima hadiah dari Pasti WP.

Pelajar cemerlang untuk 5 dan 6 tahun bagi seluruh Wilayah akan dinobatkan pada penghujung majlis ini. Pelajar tersebut akan menerima hadiah dan wang tunai dari Pasti Wilayah.

Pada Ahad 7/11/10 yang lalu telah dilangsungkan pemilihan pelajar terbaik bagi 5 dan 6 tahun bagi seluruh pasti-pasti yang berada di Kuala Lumpur. Setiap pasti dikehendaki membawa pelajar-pelajar terbaik mereka yang mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun yang lalu untuk menduduki peperiksaan khas bagi memilih pelajar terbaik. Pemilihan itu telah dibuat di Pasti Al-Hidayah dimana kertas soalan khas telah disediakan untuk pemilihan tersebut. Keputusan akan diumumkan dalam ihtifal Pasti nanti.

Gambar ujian pelajar pasti wp 2010

Gambar-gambar sekitar ujian pemilihan pelajar  PASTI terbaik  Wilayah Persekutuan 2010 bagi kelas 5 dan 6 tahun yang diadakan di PASTI Al-Hidayah pada hari Ahad 7 Nov.2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: