Ihtifal Pasti 2010… Meriah!

15 Nov

Pada  Ahad 14 November 2010, bertempat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah berlansung majlis Ihtifal Pasti 2010. Majlis telah berjalan dengan lancar dengan dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh. Turut hadir ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Sdr Herman Samsudin bersama Timbalannya Sdr Luqmanul Hakim Ibrahim. Wakil Badan Perhubungan PAS WP, Setiausahanya Sdr Md Shukor Aziz juga telah hadir sebagai dif jemputan kehormat.

Pada kali ini adik Ahmad Baihaqy bin Ahmad Ghazali dari Pasti Ar-Raudah Bandar Tun Razak telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik 5 tahun sementara untuk 6 tahun adik Nurul Nadia bt Mohamad Ishak dari Pasti Al-Huda Segambut  telah dipilih sebagai pelajar terbaik. Syabas diucapkan kepada Cikgu Norhaiti  dan Cikgu Rozana.

Cikgu Masitah Ramli dari Pasti Al-Hilmi telah dipilih sebagai ‘Guru Mithali’ 2010 dan Pasti Al-Ummah telah dipilih sebagai Pasti contoh 2010.

Dengan suasana sejuk air-cond dan rahmat Allah keatas masjid ini, program telah berjalan dengan lancar dan selesai sebelum pukul 1:00 tengahari. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutamanya Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan adik-adik Nisa’ Lembah Pantai yang telah bersusah payah dalam menyiapkan pentas dan dewan. Semoga Allah membalas jasa-jasa baik anda semua dengan balasan yang baik di akhirat kelak.

Tahniah kepada semua yang berjaya. Semoga PASTI WP akan terus maju dan cemerlang ditahun-tahun yang akan datang.

Tetamu kehormat. dari kanan, Ust Mohd Adlin, Ustazah Nuridah, Sdr Herman, Sdr Lukman, Sdr Shukor dan Hj Azmi.

Ucapan perasmian dari ustazah Nuridah

Persembahan bercerita dari Pasti Ar-Rasyidin

Pelajar terbaik 5 tahun, Adik Baihaqy bersama gurunya cikgu Norhaiti

Pelajar terbaik 6 tahun, adik Nurul Nadia

Menunggu giliran

3 Responses to “Ihtifal Pasti 2010… Meriah!”

  1. noni November 16, 2010 at 12:58 pm #

    salam…npe x msukkn semua gbr plajr2 yg buat persembahan?klau ada videonya lgi baik,sekurang2nya sbagai “post mortem”,tuk program yg akan datang.

  2. sabariah November 19, 2010 at 4:08 pm #

    salam… tahniah diucapkan terutama pd pasti wp di atas penganjuran ihtifal yg blh dianggapkan sbg prog yg meriah dan berjalan lancar. pd semua guru2 dan pelajar2 pasti yang diraikan, serta ibubapa/penjaga yg bersungguh2 mnyokong kewujudan dan terus mendokong pasti agar terus bertapak di wp ini. rasanya pd pengarah prog jg prlu di beri pujian. wl br memangku jawatan dlm alp pasti wp , tp usaha yg ditunjukkan, sekurg2nya , pemuda titiwangsa mendapat tempias akan kecemerlangan prestasi ini. tahniah kepada anak2 pasti yg berjaya . juga kepada kak masita dan kak ayu serta guru2 pasti al-ummah. semoga kedatangan thn baru, akan ‘mencemerlangkan’ lagi pasti wp dan menjadi pilihan no 1 ibubapa di wp ini, insya-allah.

  3. ummu sulaim November 19, 2010 at 4:09 pm #

    tahniah dan terus maju.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: